Thursday, October 28, 2010

72. MAJLIS PEMASYHURAN PRESIDEN 2011

Acara 'Malam Majlis Pemasyhuran Presiden Kelab Bakti Gunung Keledang tahun 2011' telah ditetapkan pada hari Ahad, 12 Disember 2010 bermula jam 8.30 malam dijangka berakhir jam 11.00 malam.

Majlis pemasyhuran presiden kali ini akan dijalankan di Dewan Royal Perak Golf Club, Jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh.

Butiran mengenai program, acara persembahan, menu dan tempahan meja akan menyusul.

Sdr BP Hj Ghazali Tan Sri Othman telah dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa kecil Malam Pemasyhuran Presiden 2011 (MPP). JKk ini telah bersidang beberapa kali. Ahli-ahli yang dilantik menganggotai JK Kecil MPP diyakini mampu melaksanakan peranan dan tugas yang dipertanggungjawab untuk menjayakan program kemuncak dan penutup tirai tahun ini. Selamat bertugas.

 Sebarang pertanyaan dan cadangan boleh disalurkan kepada Setiausaha Kehormat kelab, Sdr Hj Megat Ahmad Shahrani.

No comments:

Post a Comment