Tuesday, August 31, 2010

52. MAJLIS BERBUKA PUASA DI RUMAH ANAK-ANAK YATIM BAKIP, MERU RAYA, IPOH

Majlis berbuka puasa petang tadi bersama anak-anak yatim BAKIP di Rumah BAKIP, Meru Raya, Ipoh meriah dengan kehadiran ramai ahli-ahli kelab dan ahli keluarga serta sahabat handai Sdr Dato' Ishak dari khariah Taman Meru.

Bangunan yang baru sahaja siap dilihat mampu memberi keselesaan kepada penghuni untuk belajar dan menempah kejayaan dalam pelajaran dan membina jatidiri.

Selesai berbuka dengan hidangan kuih-muih, solat Maghrib berjema'ah telah diadakan disusuli dengan jamuan makan malam.

Di majlis yang sama, Sdr Dr Hj Zakaria Abdul Kadir, Presiden Kelab dan Puan Hanita, isteri beliau turut menyampaikan duit raya kepada anak-anak yatim BAKIP.

Tahniah kepada Sdr Dato' Ishak, Datin Rohayati, Bob, Dr Hj Zakaria, Puan Hanita serta stesen PETRONAS PLUS Northbound Simpang Pulai kerana berjaya membawa sinar kegembiraan kepada anak-anak yatim BAKIP dengan tajaan morei, sessi silaturrahim dan penyampaian duit raya petang tadi.

Semoga ramai lagi insan-insan berhati mulia sudi membantu anak-anak yatim sepanjang tahun dan sepanjang masa.

51. DIARI KELEDANG MINGGU INI

30 Ogos 2010/ 20 Ramadhan 1431 Isnin - Majlis berbuka puasa bersama penghuni Rumah Orang-orang tua Seri Kenangan, Ulu Kinta, Perak.

Semua ahli kelab dan keluarga dijemput hadir

31 Ogos 2010 / 21 Ramadhan 1431 Selasa - Majlis berbuka puasa dan bersolat jema'ah bersama anak-anak yatim di Rumah anak-anak yatim BAKIP, Meru Raya, Ipoh.

Majlis anjuran Sdr Dato' Hj Ishak bin Hj Mohamad, Ketua Biro Ehwal Kelab. 

Semua ahli kelab dan keluarga dijemput hadir.

31 Ogos 2010 / 21 Ramadhan 1431 Selasa . KBGK mengucapkan  'Selamat menyambut hari kelahiran' kepada Datin Rohayati, isteri kepada Sdr Dato' Hj Ishak bin Hj Mohamad.

Serangkap pantun untuk auntie Datin Rohayati, 

Bunga kantan bunga selasih

Bunga cempaka bunga dahlia

Buat kebajikan Allah kasih

Anak merdeka dipandang mulia

Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan dilimpahkan keberkatan dan kesejahteraan oleh Allah subhanahu wata'ala. Amin.

01 September 2010 / 22 Ramadhan 1431 Rabu - Acara agihan bubur lambuk di Masjid Paloh, Ipoh pada mulai jam 5.15 petang selepas solat 'Asar.

02 September 2010 / 23 Ramadhan 1431 Khamis - Majlis penyampaian sumbangan Yayasan Keledang: 

1.untuk mangsa banjir di Pakistan melalui Mercy Malaysia.

2. Bantuan kepada seorang ibu tunggal anak lima yang tinggal di Kelebang, Ipoh. Kisah penderitaan ibu tunggal ini diketengahkan oleh Sdr Rosli, pemberita Ipoh Echo.

04 September 2010 / 25 Ramadhan 1431 Sabtu - Majlis berbuka puasa, solat Maghrib, solat Isya' dan solat Tarawih berjema'ah bersama masyarakat Islam perkampongan Orang Asli Gedong Batu, Seri Iskandar, Daerah Perah Tengah.

05 September 2010 / 26 Ramadhan 1431 Ahad - Majlis berbuka puasa, solat Maghrib, solat Isya' dan solat Tarawih berjema'ah di Surau Taman Golf, Ipoh. Majlis anjuran Sdr Dr Hj Zakaria, Presiden Kelab dan keluarga. Ahli-ahli kelab dan keluarga diminta mengesahkan kehadiran.

Program anjuran Presiden kelab adalah penutup program sepanjang bulan Ramadhan tahun ini.



catatan: muzill.mansor



Saturday, August 28, 2010

50.BERBUKA PUASA DAN SOLAT JEMA'AH BERSAMA MASYARAKAT ISLAM ORANG ASLI DI KAMPONG LALANG , JALAN CAMERON HIGHLAND

Bertempat di Perkampongan Orang Asli Kampong Lalang, Jalan Cameron Highland, Simpang Pulai, Ipoh pada petang tadi keluarga Keledang dan sahabat handai telah berbuka puasa dan solat Maghrib berjema'ah bersama saudara-saudara muslimin dan muslimat daripada kalangan Orang Asli kampong tersebut dan kampong-kampong berdekatan.

Majlis yang julung kali diadakan pada bulan Ramadhan di surau kampong ini dan disertai oleh rombongan daripada Islamic Relief, Kuala Lumpur bertujuan meningkatkan saliturrahim antara penduduk-penduduk  di situ dengan keluarga Keledang dan dunia luar.

Ramai ahli kelab dan ahli keluarga yang telah menyertai majlis tersebut seperti juga sambutan hangat acara serupa di tiga buah perkampongan Orang Asli iaitu Kampong Makmur, Kampong Suak Padi dan Kampong Choh pada minggu-minggu lalu.

Pada majlis kali ini Sdr Dr Hj Zakaria, Presiden kelab telah menyampaikan kotak-kotak makanan sumbangan daripada Islamic Relief kepada penduduk-penduduk tempatan.

P/s Petang tadi ada jamuan istimewa, nasi beriani dengan rendang itik cherry valley.  

Friday, August 27, 2010

49. GILIRAN BERBUKA PUASA KELUARGA KELEDANG DI RUMAH SETIAUSAHA KEHORMAT

Petang ini ahli-ahli keluarga Keledang akan berkumpul beramai-ramai di kediaman Sdr Haji Megat Ahmad Shahrani, Setiausaha Kehormat kelab untuk majlis iftar dan solat berjema'ah. 

Kali pertama majlis sebegini diadakan di kediaman Sdr haji Megat adalah pada tahun lalu.

Semoga Allah Ta'ala menganugerahkan Tok Megat, auntie Anne dan keluarga nikmat yang bertambah, kesihatan yang baik, kesejahteraan, hidup aman damai...aminnn.

Thursday, August 26, 2010

48. BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK-ANAK YATIM DARUSSALAM

Petang ini insyaallah, AJK kelab, ahli-ahli kelab di ketuai oleh Sdr Dr Hj Zakaria, Presiden kelab bersama ahli-ahli keluarga akan berbuka puasa dan bersolat jema'ah bersama anak-anak yatim di Darussalam, Simpang Pulai, Ipoh.

Program yang telah diatur ole Sdr Dato' Hj Ishak Mohamad, Ketua Biro Ehwal kelab diharapkan dapat membuka lembaran baru jaringan antara Kelab Bakti Gunung Keledang dengan Rumah anak-anak yatim Darussalam dibawah kelolaan Ustaz Musa. 

Mungkin ada ruang yang kelab dapat menghulurkan bantuan dari segi peruntukan peralatan dan pendidikan.

Ahli-ahli kelab yang ingin turut serta bolehlah mendapatkan butiran program daripada Sdr Dato' Azmi, Ketua Biro Kebajikan kelab.


Wednesday, August 25, 2010

47. PROGRAM HARI INI - AGIHAN BUBUR LAMBUK DAN MOREI DI MASJID PALOH SERTA MAJLIS DOA SELAMAT IPOH

1.Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa acara agihan bubur lambuk percuma setiap petang Rabu akan diteruskan pada hari ini  jam 5.15 petang ini di Masjid Paloh, Ipoh.


Disamping itu, morei juga akan disediakan oleh pihak kelab untuk muslimin dan muslimat berbuka puasa petang ini.

Ahli Jawatankuasa kelab juga akan turut serta menjayakan acara-acara yang telah diatur.

Wargakota Ipoh adalah dengan hormatnya dijemput ke acara-acara yang telah diatur di masjid tersebut.

2. Satu majlis bacaan yaasin dan doa selamat anjuran the Keledang Ladies dijadualkan berlangsung pada jam 4.00 petang ini di kediaman Sdr Megat Haji Ahmad Shahrani, Setiausaha Kehormat kelab. Majlis adalah untuk mendoakan kejayaan anak-anak keledang yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM tahun ini.

Sunday, August 22, 2010

46. GAMBAR-GAMBAR DI SEKITAR MAJLIS BERBUKA PUASA DI RUMAH NAIB PRESIDEN KELAB

Majlis berbuka puasa di rumah sdr Dato' Mohamad Razali Khalid dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Yg Berbahagia Ustaz Haji Azhar alhafiz, yang juga mengimamkan solat Maghrib, solat Isya' dan solat Tarawih. 

Seperti biasa ,ramai ahli-ahli kelab dan ahli keluarga dapat hadir. Majlis dimeriahkan lagi apabila beberapa orang ahli seperti dato' Lat, BP Dato' Azumu, Dato' Hamdan Ahmad dan Dato' Ismail Mokhtar dari kumpulan ' the Andersonians' turut serta selepas majlis awal mereka di SMK Anderson tamat.

Selepas solat Tarawih sambil berjamu kueh dan bubur,mesyuarat rengkas AJK kelab telah diadakan di pengerusikan oleh Sdr Dr Zakaria, Presiden kelab.

Beberapa keputusan telah dicapai seperti berikut:

1. Menjadikan Rumah anak-anak yatim Baitul Aini sebagai 'anak angkat' untuk disalurkan bantuan infrastruktur dsbnya tertakluk kepada persetujuan pengurusan rumah tersebut. 

2. Meluluskan permohonan beberapa pelajar untuk bantuan kewangan melanjut pelajaran di Universiti Mut'ah, Jordan.

3. Meluluskan bantuan kewangan kepada beberapa rumah anak-anak yatim di sekitar Ipoh termasuk pembelian baju-baju raya.

4. Menyegerakan tindakan 'filing annual returns' kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan Perak.

5. Menyegerakan pengiklanan jawatan Eksekutif Sekretariat yang kosong melalui Job Street.

6. Mengusulkan supaya Pengarah-pengarah baru Kelcon Sdn Bhd yang mewakili Yayasan Keledang segera meminta Setiausaha Syarikat mengadakan mesyuarat Lembaga Pengarah untuk menentukan halatuju syarikat.

Mesyuarat tamat hampir tengah malam.

Kelab merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada sdr Dato' Mohamad Razali Khalid dan Datin Rabisah.

Kepada Dato' dan Datin serta ahli keluarga, semoga Allah Ta'ala terus melimpahkan rezeki yang bertambah, nikmat kesihatan yang baik, hidup sejahtera, rukun, aman dan damai.  

Friday, August 20, 2010

45. MAJLIS BERBUKA DI RUMAH AHLI - BIL.02

Sukacita diingatkan bahawa majlis berbuka puasa, solat Maghrib, solat Isya' dan solat Tarawih berjema'ah untuk ahli-ahli kelab dan keluarga, sahabat handai dan sanak saudara di rumah ahli bil. 02 akan berlangsung pada malam ini, Juma'at 20 Ogos 2010/ 10 Ramadhan 1431 di rumah Sdr Dato' Razali Khalid, Naib Presiden kelab di Jalan Watson, Ipoh.

Majlis sebegini adalah penting untuk tingkatkan ukhuwah dan silaturrahim sesama kita. Disamping itu, ruang masa yang ada boleh juga digunakan untuk membincang aktiviti kemasyarakatan yang kelab boleh anjurkan.

Semua ahli kelab dan keluarga adalah dijemput dan diharap dapat lapangkan masa hadir beramai-ramai menjayakan majlis pada petang ini.

44.BERBUKA PUASA DI RUMAH AHLI KELAB - BIL 01

Memang menjadi amalan Kelab Bakti Gunung Keledang saban tahun apabila tiba bulan Ramadhan, ahli-ahli kelab akan silih menawarkan rumah masing-masing untuk majlis berbuka puasa.

Tahun ini juga tidak terkecuali. Sdr Abu Bakar dan Puan hajjah Fatimah mendahului ahli-ahli lain mengadakan majlis jamuan berbuka puasa, solat Maghrib, solat Isya' dan solat Tarawih berjema'ah di kediaman mereka di Jalan Manjoi, Ipoh pada hari Rabu 18 Ogos 2010/08 Ramadhan 1431.

Sebenarnya Uncle Bakar dan Auntie Fatimah sentiasa mendahului senarai ahli-ahli mengadakan rumah terbuka di bulan Ramadhan setiap tahun. Saya mula hadir majlis sebegini sejak masih di bangku sekolah.

Walau pun hujan, majlis yang diadakan pada malam tersebut meriah dengan kehadiran ramai ahli kelab dan keluarga serta sanak saudara, sahabat-sahabat dan kaum kerabat.

Kepada Uncle Bakar dan Auntie Fatimah, 

Terima kasih daun keladi; tahun depan jemputlah lagi...

Semoga Allah Ta'ala terus menganugerahkan kesihatan yang baik, melimpahkan segala kenikmatan, kesejahteraan dan kedamaian.


catatan dan gambar: muzill.mansor

Wednesday, August 18, 2010

43. MODERATION IN FOOD AND DRINK

Islam promotes healthy living including moderation in the intake of halal food and halal drink, avoiding greed and consuming only what are needed to maintain strength, energy and healthy bodies.

This is accordance with the guidance of Allah SWT in the Al-Qur'an

"...Eat and Drink: but waste not by excess, for Allah loves not the wasters." [ al-A'raf 7:31 ]

Rasullulah s.a.w further explained the concept of moderation in the consumption of food and drink:

" There is no worse vessel for the son of Adam to fill than his own stomach, but if he must fill it, then let him allow one third for food, one third for drink and one third for air." as shahih al- Tarmidhi.

Ref: The Ideal Muslim by Dr. Muhammad Ali al-Hashimi , pg 33 & 34

Saturday, August 14, 2010

42. SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN SDR BENDAHARI

KBGK mengucapkan Selamat Ulangtahun Kelahiran kepada Sdr Muzill bin Dato' Mansor, Bendahari Kehormat Kelab Bakti Gunung Keledang / Yayasan Bakti Gunung Keledang, pada hari ini Sabtu 14 Ogos 2010.

Semoga ceria selalu di samping keluarga serta sentiasa mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT yang berkekalan...

Bengka pandan campur manisan

Dimakan sahur awal pagi 

Begitu Ramadhan mendidik insan

Sehingga Syawal terkawal diri

* sedutan sms daripada Sdr Hj Megat Ahmad Shahrani, Setiausaha Kehormat, KBGK/YBGK

Komen moderator:

Terima kasih Tok Megat kerane banyak bimbing saye. Pose-pose nie berpantun pun cerite makan gak...

Tuesday, August 10, 2010

41. JADUAL SEPANJANG BULAN RAMADHAN 1431

Yayasan Bakti Gunung Keledang akan meneruskan program agihan makanan di Masjid Paloh, Ipoh dan menaja majlis berbuka puasa/iftar, solat Maghrib berjemaah, solat Isya' dan solat Tarawih berjemaah di beberapa perkampungan Orang Asli di sekitar Daerah Kinta dan Daerah Perak Tengah, Rumah-rumah anak-anak yatim di Simpang Pulai dan Rumah Orang-orang Tua Sri Kenangan, Ipoh sepanjang bulan Ramadhan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam negeri Perak. 

Peruntukan untuk morei di lima kampung Orang Asli sepanjang bulan Ramadhan telah disampaikan oleh Sdr. Dr. Hj. Zakaria Abdul Kadir, Presiden Kelab/ Yayasan Keledang kepada Ustaz Ahmad Muzammil Mohamed Shapawi, Penolong Pengarah Unit Ukhuwah Jabatan Agama Islam Negeri Perak.

Jadual program adalah seperti berikut:

11 Ogos 2010 / 01 Ramadhan 1431 Rabu - Program agihan bubur lambuk di Masjid Paloh, Ipoh bermula jam 5.15 petang selepas selesai solat 'Asar berjemaah.

12 Ogos 2010 / 02 Ramadhan 1431 Khamis - Majlis berbuka puasa di Masjid alMuttaqin, Taman Meru, Ipoh. Majlis anjuran Sdr Muzill Dato' Mansor, Bendahari Kehormat kelab.

14 Ogos 2010 / 04 Ramadhan 1431 Sabtu - Majlis berbuka puasa, solat Maghrib, solat Isya' dan solat Tarawih berjemaah di perkampung Orang Asli, Kampung Makmur, Ulu Kinta. 

Jamuan berbuka untuk 500 orang disediakan.Program anjuran bersama Hospital Pantai Ipoh. 

15 Ogos 2010 / 05 Ramadhan 1431 Ahad jam 6.45 petang - Sdr Presiden dan AJK Kelab Bakti Gunung Keledang / Yayasan Bakti Gunung Keledang merafak sembah menjunjung kasih atas perkenan DYTM Tuanku Raja Muda Perak menjemput keseluruhan AJK KBGK / YBGK untuk majlis berbuka puasa bersama Tuanku di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Insyaallah, kesemua AJK akan hadir memenuhi jemputan tersebut seperti pada tahun lalu.

16 Ogos 2010 / 06 Ramadhan 1431 Isnin jam 7.00 petang - Majlis berbuka puasa ahli-ahli Kelab Bakti Gunung Keledang bersama anak-anak yatim Pertubuhan Baitul Aini, Lot 497/498, Jalan Tanjong, Kg Meraman Indah, Simpang Pulai, Ipoh.

Ahli-ahli atau sesiapa yang berminat untuk memberi sumbangan pakaian hari raya kepada anak-anak yatim di Persatuan tersebut adalah dialu-alukan. 

17 Ogos 2010 / 07 Ramadhan 1431 Selasa - majlis berbuka puasa, solat maghrib, solat isya' dan solat tarawih berjema'ah bersama masyarakat islam di kampung Orang Asli Suak Padi, Seri iskandar, Perak Tengah

18 Ogos / 08 Ramadhan 1431 Rabu - Program agihan bubur lambuk di Masjid Paloh, Ipoh bermula jam 5.15 petang selepas selesai solat 'Asar berjemaah.

18 Ogos 2010 / 08 Ramadhan 1431 Rabu - Majlis berbuka puasa, solat Maghrib, solat Isya' dan solat Tarawih berjema'ah di rumah Sdr Abu Bakar Ismail dan Puan Hjh Fatimah, Jalan Manjoi, Ipoh. 

Majlis bermula jam 7.00 petang dengan majlis tahlil dan doa selamat.

19 Ogos 2010 / )9 Ramadhan 1431 juma'at - majlis berbuka puasa, solat maghrib, solat isya' dan solat tarawih berjema'ah di rumah Sdr Dato' Razali Khalid, naib Presiden KBGK / YBGK.

21 Ogos 2010 / 11 Ramadhan 1431 Sabtu - Majlis berbuka puasa, solat Maghrib, solat Isya' dan solat Tarawih berjemaah di perkampungan Orang Asli Kampung Lalang, Jalan Simpang Pulai ke Cameron Highlands.

Jamuan berbuka untuk 100 orang disediakan.Program anjuran bersama Hospital Pantai Ipoh.

25 Ogos 2010 / 15 Ramadhan 1431 Rabu jam 5.15 petang- Program agihan bubur lambuk di Masjid Paloh, Ipoh bermula selepas selesai solat 'Asar berjemaah.

25 Ogos 2010 / 15 Ramadhan 1431 Rabu jam 7.15 petang - Majlis berbuka puasa di Masjid Paloh, Ipoh anjuran Kelab Bakti Gunung Keledang. wargakota Ipoh dengan hormatnya dijemput turut serta.

26 Ogos 2010 / 16 Ramadhan 1431 Khamis- Majlis berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah bersama anak-anak yatim Darussalam, Simpang Pulai, Ipoh.

27 Ogos 2010 / 17 Ramadhan 1431 Jumaat jam 6.30 petang - Majlis berbuka puasa, solat Maghrib, solat Isya' dan solat Tarawih berjama'ah di rumah Sdr Megat Haji Ahmad Sharani, Setiausaha Kehormat kelab. Semua ahli kelab dan keluarga dijemput hadir. 

28 Ogos 2010 / 18 Ramadhan 1431 Sabtu - Majlis berbuka puasa, solat Maghrib, solat Isya' dan solat Tarawih berjemaah di penduduk di perkampungan Orang Asli Kampung Choh, Ulu Kinta, Ipoh.

Jamuan berbuka untuk 100 orang disediakan.Program anjuran bersama Hospital Pantai Ipoh

01 September 2010 / 22 Ramadhan 1431 Rabu - Program agihan bubur lambuk di Masjid Paloh, Ipoh bermula jam 5.15 petang selepas selesai solat 'Asar berjemaah.

Empat buah surau di perkampungan Orang Asli iaitu di Kampung Suak Padi / Gelong Batu, Kampung Choh, Kampung Makmur dan Kampung Lalang menerima tajaan penuh peruntukan morei daripada Yayasan Bakti Gunung Keledang untuk majlis berbuka puasa bagi 30 hari sepanjang bulan Ramadhan tahun ini. 

Jadual lengkap sepanjang bulan Ramadhan tahun ini akan dikemaskini dan dipaparkan apabila maklumat mutakhir diperolehi dari semasa ke semasa.

Semua ahli KBGK dan YBGK , ahli keluarga Keledang dan sahabat handai adalah dijemput turut serta dalam semua acara seperti di jadual. 

Sdr Presiden merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada ahli-ahli kBGK/YBGK dan Hospital Pantai Ipoh yang telah sudi menghulurkan sumbangan dana untuk membiayai semua program sepanjang bulan Ramadhan.  

Semoga Allah Ta'ala memberkati segala 'amal jariah saudara-saudara sekelian. 

Kepada yang igin turut memberi sumbangan terutama kepada masyarakat Orang Asli, anak-anak yatim dan Rumah Orang-orang tua atau yang ingin mendapat keterangan lanjut, sila hubungi Sdr Hj Megat Ahmad Shahrani, Setiausaha Kehormat kelab dan yayasan.


40. AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN ALMUBARAK...

Assalammu 'Alaikum,

Bulan yang ditunggu-tunggu menjelang kembali. Ramadhan oh Ramadhan...bulan barakah bulan rahmat. Bulan keberkatan untuk mukminin dan mukminat. 

Sdr Presiden dan seluruh barisan kepimpinan Kelab Bakti Gunung Keledang dan Yayasan Bakti Gunung Keledang mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN ALMUBARAK" kepada semua ahli KBGK dan YBGK, ahli keluarga Keledang serta semua sahabat dan rakan. 

Semoga kita semua mampu meningkatkan amalan dan kebajikan di bulan mulia ini.

Thursday, August 5, 2010

39. BERITA MINGGU INI ( 01 OGOS 2010 - 07 OGOS 2010)

04 Ogos 2010 Rabu jam 1.00 tengahari

Mesyuarat mingguan kelab di Kelab Ipoh Diraja.

Intipati mesyuarat:

* Sdr Presiden merakamkan penghargaan kepada Sdr Razalli Merican, barisan AJK kecil Golf amal dan semua ahli, Keledang Ladies, para dermawan, para golfers serta semua pihak yang telah memberi sumbangan dalam menjayakan program Golf Amal tahun ini.

* Majlis serahan cek bantuan kepada Rumah anak-anak yatim Baitul Aini, Simpang Pulai

* Majlis serahan wang peruntukan jamuan morei Surau Suak Padi dan Surau Gedong Batu, Parit, Daerah Perak Tengah, Perak

* Kelulusan Yayasan Bakti Gunung Keledang untuk sumbangan dua buah genset kepada dua kampung Orang Asli di Ulu Kinta, Ipoh, Perak.

04 Ogos 2010 Rabu jam 5.00 petang

Agihan makanan percuma kepada fakir miskin, musafir dan 'street people' di Masjid Paloh, Ipoh. Penaja minggu ini Sdr Dr Hj Mohamad bin Abdul Kadir.

05 Ogos 2010 Khamis

Ulangtahun kelahiran Sdr Dato' Ismail Mokhtar yang ke-65. Kelab mendoakan kesihatan yang baik, kesejahteraan dan kemakmuran untuk beliau dan sekelian ahli keluarga.

05 Ogos 2010 Khamis Jam 12.00 tengahari

Serahan dua buah genset oleh Sdr BP Dato' Hj Mansor Ahmad mewakili Yayasan Keledang kepada Ustaz Mohd Muzammil bin Ahmad Shapawi, Penolong Pengarah unit Ukhuwah, JAIP untuk kegunaan surau Kampung Lalang dan surau Kampung Choh, Ulu Kinta, Perak. Kedua genset adalah sumbangan daripada Yayasan Bakti Gunung Keledang.

06 Ogos 2010 Juma'at

*Ulangtahun kelahiran Sdr Hj Mustapha Mohamad, Ketua Biro ekonomi KBGK/YBGK. Semoga diberi kesihatan yang baik, kesejahteraan dan kemakmuran untuk beliau dan sekelian ahli keluarga.

*Ulangtahun perkahwinan Sdr Dato' Hj Mansor bin Ahmad dan Datin Hjh Nor Aida. Kelab mendoakan kesihatan dan kesejahteraan untuk keduanya serta ahli keluarga.

06 Ogos 2010 Juma'at bermula jam 7.15 petang 

*Ceramah agama di rumah Sdr Dato' Razali Khalid, Naib Presiden Kelab /Yayasan. Majlis bermula pada jam 7.15 petang dengan doa selamat, diikuti dengan solat maghrib berjemaah, tazkirah oleh Ustaz Haris Fadzilah daripada Jabatan Agama Islam negeri Perak, solat Isya' berjemaah dan jamuan makan malam.

* Majlis penyampaian sumbangan wang tunai oleh Puan Hanita, isteri Sdr Dr Zakaria, Presiden Kelab Keledang/ Yayasan Keledang kepada 26 orang ibu tunggal dan seorang pesakit cancer sempena bulan Ramadhan. Dana tunai adalah hasil terkumpul daripada aktiviti-aktiviti Keledang Ladies.

*Mesyuarat AJK KBGK dan YBGK akan diadakan di rumah Sdr Dato' Razali Khalid, Naib Presiden Kelab selepas jamuan makan malam. Agenda utama ialah membincangkan program kebajikan dan 'amal jariah sepanjang bulan Ramadhan.

Semua ahli kelab dan ahli keluarga serta sahabat handai dijemput hadir.

Wednesday, August 4, 2010

38. MAJLIS SERAHAN KOMPUTER RIBA DARI YAYASAN BAKTI KELEDANG MELALUI JABATAN AGAMA ISLAM PERAK KEPADA PELAJAR DIPLOMA PENGAJIAN Islam DI INS

Sumbangan Komputer Riba dari Yayasan Bakti Gunung Keledang kepada 3 orang pelajar Orang Asli yang mengambil Diploma Pengajian Islam di Institut Dakwah Islamiah PERKIM, Kelantan.  

Penyerahan dibuat oleh Penolong Pengarah Ukhuwah Jabatan Agama Islam Perak (Ust Ahmad Muzammil bin Mohamed Shapawi) diperhatikan oleh Pengarah Institut Dakwah Islamiah PERKIM,Kelantan (Tuan Hj Mohd Nazir bin Che Ibrahim) dan Penyelia Muballigh Islam Perak (Ust Megat Khairini bin Megat Ibrahim).  

Penyerahan kepada Siti Hajar binti Abdul Aziz

Penyerahan kepada Mohd Sharul Firdaus bin Khamis  

Penyerahan kepada Kamisah binti Rosni

Sunday, August 1, 2010

37. SUMBANGAN TIGA BUAH KOMPUTER RIBA KEPADA PELAJAR ASLI CEMERLANG

Saya menerima mandat daripada Sdr Dr Haji Zakaria bin Abdul Kadir, Presiden Kelab Bakti Gunung Keledang merangkap Presiden Yayasan Bakti Gunung Keledang untuk membeli tiga buah komputer riba yang baru siap dengan perisian dan seterusnya menyampaikan semua unit yang dibeli sebagai sumbangan Yayasan kepada tiga orang pelajar Orang Asli yang cemerlang dalam pelajaran dan berjaya menyambung pengajian di peringkat diploma. 

Ketiga pelajar tersebut kini menuntut di Institut Dakwah Islamiah PERKIM, Kelantan.

Sumbangan telah disampaikan kepada Ustaz Ahmad Muzammil, Penolong Pengarah Ukhuwah, Jabatan Agama Islam negeri Perak di kedai REDCOM jam 2.20 petang tadi sebaik sahaja urusaniaga jualbeli disempurnakan.

Ustaz Muzammil akan mewakili YBGK menyampaikan komputer-komputer tersebut kepada ketiga pelajar  di Kelantan.

Pihak REDCOM juga telah sudi memberi sumbangan sebuah 'MP3 player' untuk di sampaikan kepada pelajar Asli yang berhak mengikut penilaian Jabatan Agama Islam negeri Perak.

Semoga sumbangan daripada YBGK ini akan menyemarakkan lagi semangat pelajar-pelajar untuk lebih berjaya dalam pelajaran.

Catatan: muzillmansor

36. THE WEEK THAT WAS...

26 July 2010 8.00 p.m

Meeting of Charity Golf Sub-committee at the Club Vice President's house. Many committee members including Sdr Hj Megat Ahmad Shahrani, the Honorary Secretary were away on vacation.

28 July 2010

Wedding anniversary of Dr Hj Abdul Murshid and Hjh Yunita. The club and members wish the happy couple and the family, many happy returns and may Allah bless with good health and prosperity.

28 July 1.00 p.m

Club weekly meeting at Royal Ipoh club house. The speaker of the day is the Learned Perak Syariah Court Registrar, Mr Haji Abdul Rahim.

31 July 7.30 a.m

KBGK/YBGK Charity Golf Tournament at Clearwater Sanctuary Golf Resort, Batu Gajah, Perak followed by disbursement of donations to charitable organisations in Perak.

Response has been overwhelming. The Club and the Keledang Foundation wish to put on record our sincere appreciation to all donors and the Charity Golf organising committee under the able stewardship of Uncle Razalli Merican for making this event another success story. 

Photos and details of collections and disbursements to follow.


recorded by: muzillmansor