Wednesday, October 6, 2010

62. BERITA SEKITAR MESYUARAT MINGGUAN HARI INI

1.0 Mesyuarat Mingguan 

1.1 Mesyuarat mingguan tengahari tadi berlangsung di Dewan Azlan Shah, Kelab Ipoh Diraja di pengerusikan oleh Sdr Dr Haji Zakaria bin Abdul Kadir, Presiden Kelab Bakti Gunung Keledang..

2.0 Kehadiran

2.1 Seramai 20 orang hadir bersama 3 orang tetamu. Sdr Presiden memperkenalkan sekali lagi Meor Muzaffar Abdul Halim sebagai Eksekutif Sekretariat Kelab yang baru menggantikan Harris. Mesyuarat mengalu-alukan kehadiran semula Sdr BP Dato' Sheikh Abdul Rahman Al'arishi, Sdr BP Hj Ja'afar Chik dan Sdr Tan Sri Ahmad Azizzuddin.

3.0 Ahli ke Tanah Suci

3.1 Sdr BP Amiruddin bin Tan Sri Tajuddin Ali dan isteri, Puan Suzana binti Kamarudin akan berangkat ke Tanah Suci pada 21 Oktober 2010 jam 1.00 pagi untuk menunai fardhu haji. 

3.2 AJK, ahli-ahli Kelab dan keluarga Keledang mengucapkan selamat berangkat dan mendoakan semoga mereka berdua sihat sejahtera, dipermudahkan 'amalan, dikurniakan haji yang mabrur dan selamat kembali ke tanah air.

4.0 Kematian 

4.1 Mesyuarat dimaklumkan oleh Sdr Dato' Ismail Mokhtar mengenai berita kematian, Sdr Naburi bin Idin, bekas Penolong Setiausaha Kehormat kelab yang pertama. Kelab merakamkan takziah kepada keluarga allahyarham dan mendoakan agar roh beliau ditempatkan bersama para solihin.

5.0 Acara Qurban

5.1 Beberapa orang ahli mencadangkan acara qurban tahun ini dijalankan di beberapa temapat seperti Masjid Jawang, Kuala Kangsar, di Masjid Kampung Sengat, Ipoh dan Surau Kampong Orang Asli Suak Padi,Perak Iengah..

5.2 Sdr Hj Hamzah mencadangkan agar dana qurban tahun ini disalurkan kepada masyarakat Islam di Myanmar yang di beritakan amat dhaif. Beberapa orang ahli telah mengulas mengenai cadangan tersebut tanpa sebarang rumusan. 

6.0 Agihan Makanan Percuma di Masjid  Paloh, Ipoh

6.1 Acara agihan makanan percuma di Masjid Paloh, Ipoh selepas solat 'Asar dijadualkan hari ini seperti biasa pada jam 5.00 petang. Acara petang ini adalah ditaja oleh Sdr Hj Mohd Ghazali bin Tan Sri Othman Talib. 

Semoga Allah meningkatkan rezeki dan taqwa kepada Sdr Hj Ghazali dan seluruh ahli keluarga beliau.

 

No comments:

Post a Comment