Monday, June 21, 2010

31. BERITA MINGGUAN

1.0 Ulangtahun Kelahiran Ahli-ahli

21 Jun - Sdr BP Hj Hamzah bin Ibrahim

28 Jun - Sdr Hj Megat Shahrani bin Megat Sharudin

02 Julai- Sdr BP Hj Mohd Ghazali Osman

05 Julai- Sdr Dato' Hj Mohamed Razali Khalid

Semoga semua di dalam keadaan sihat wal'afiat dan sentiasa dilimpahi rahmat dan dalam keberkatan Allah SWT.

2.0 Berdasarkan sms yang saya terima daripada Harith Idris, Pembantu kepada Setiausaha Kehormat, Mesyuarat Jawankuasa Kelab dan Yayasan Bakti Gunung Keledang bil 07/2010 akan diadakan di kediaman Sdr Setiausaha Kehormat pada hari Isnin 21 Jun 2010 jam 5.30 petang. 


Monday, June 14, 2010

30. MAJLIS PENUTUP KURSUS INTENSIF PENGHAYATAN ISLAM ORANG ASLI

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM), penganjur program diatas telah menjemput Sdr Presiden dan ahli-ahli Kelab Bakti Gunung Keledang untuk menghadiri majlis penutup  kursus tersebut. Acara penutup akan diadakan pada: 

    Hari : Rabu,16 Jun 2010

   Jam :11.00 pagi 

   Tempat : Sekolah Agama Rakyat Nurul Hidayah, 

                   Kampung Kenang, Jalong Tinggi,

                   Sungai Siput(U), Perak.

Untuk makluman semua peserta kursus adalah terdiri daripada Orang-orang Asli Islam dari seluruh negeri Perak.

Sukacitalah sekiranya ahli-ahli kelab dapat melapangkan masa hadir meraikan majlis tersebut.

Thursday, June 10, 2010

29. BERITA MINGGUAN

Ulangtahun Kelahiran Ahli-ahli dan keluarga Keledang

01 Jun - Sdr BP Dato' Sheikh Abdul Rahman ( Presiden Pertama Kelab Bakti Gunung Keledang)

07 Jun - Datin Hajjah Fairuz ( isteri kepada Sdr Dato' Hj Azmi Othman )

10 Jun - Datin Hajjah Faizah ( isteri kepada Sdr Dato Hj LAT)

18 Jun - Puan Hajjah Sharifah Juita ( isteri kepada Sdr BP Hj Ghazali Tan Sri Osman)

Didoakan semoga semuanya dalam keadaan sihat sejahtera, dimurahkan rezeki dan sentiasa dalm keberkatan Allah SWT. 

Monday, June 7, 2010

28. NOTIS MESYUARAT AGONG TAHUNAN KE 32 KELAB BAKTI GUNUNG KELEDANG

NOTIS AWAL

01 JUN 2010


Kepada

Ahli-ahli Kelab Bakti Gunung Keledang


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Saudara,

NOTIS MESYUARAT AGONG TAHUNAN KE 32

KELAB BAKTI GUNUNG KELEDANG

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara diatas.

Menurut Perlembagaan dan Peraturan KBGK perkara 7.4.1 adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agong Tahunan ke 32 akan diadakan seperti mana berikut:

              Tarikh: Rabu 30 Jun 2010

              Masa:    12.00 tengahari

              Tempat: Hotel Seri Malaysia (Sri Banding)

              Jalan Sturrock 30000 Ipoh

Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut:

1. Mengesahkan Minit Mesyuarat Agong Tahunan ke 31 (2009)

2 Membentangkan Laporan Kelab bagi tahun 2009

3. Membentangkan Laporan Bendahari Kehormat dan Penyata Kewangan yang beraudit bagi tahun berakhir 31 Disember 2009

4. Memilih Ahli-ahli Jawatankuasa bagi tahun 2011 mengikut Fasal 8.1

5, Melantik Juruaudit Berkanun bagi tahun 2011 mengikut Fasal10

6. Mengemukakan Cadangan-cadangan yang diterima oleh Setiausaha Kehormat 


Kehadiran saudara-saudara semua amatlah diharapkan.

Sekian. Terima kasih


Yang menjalankan tugas


Hj Megat Ahmad Shahrani bin Megat Sharuddin

Bendahari Kehormat 2010

                                       

27. NOTIS MESYUARAT AGONG TAHUNAN KE 23 YAYASAN BAKTI GUNUNG KELEDANG

NOTIS AWAL

1 Jun 2010


Kepada

Ahli-ahli Yayasan Bakti Gunung Keledang


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Saudara,

NOTIS MESYUARAT AGONG TAHUNAN KE 23

YAYASAN BAKTI GUNUNG KELEDANG

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara diatas

Menurut Perlembagaan YBGK perkara 12 adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agong Tahunan ke 23 akan diadakan seperti mana berikut: 

                  Tarikh: Rabu 30 Jun 2010

                  Masa:    12.30 tengahari

                  Tempat: Hotel Seri Malaysia Ipoh (Sri Banding)

                                  Jalan Sturrock, 30000 Ipoh

Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut:

1. Mengesahkan Minit Mesyuarat Agong Tahunan ke 22 (2009)

2. Membentangkan Laporan Yayasan Bagi Tahun 2009

3. Membentangkan Laporan Bendahari Kehormat dan Penyata Kewangan yang telah diaudit bagi tahun berakhir 31 Disember 2009

4.Memilih 4 orang ahli Lembaga bagi tahun 2011  

5.Melantik Juruaudit Berkanun bagi tahun 2011

6.Memilih 3 orang Pemegang Amanah 

7.Mengemukakan cadangan-cadangan yang telah diterima oleh Setiausaha Kehormat.

Kehadiran saudara-saudara semua amatlah diharapkan.

Sekian. Terima kasih


Yang menjalankan tugas,

t.t

Hj Megat Ahmad Shahrani bin Megat Sharuddin

Setiausaha Kehormat 2010


                   

Tuesday, June 1, 2010

26. MAJLIS INDUKSI AHLI KE-69 KELAB BAKTI GUNUNG KELEDANG

Malam tadi bertempat di Hotel Sri Malaysia, Jalan Sturrock, Ipoh, Perak  majlis induksi ahli baru telah sempurna dilaksanakan oleh Presiden Kelab, sdr Dr Hj Zakaria Abdul Kadir.

Sdr Dr Dilshaad Ali, 39 tahun telah dengan resminya dimasyhurkan sebagai  ahli biasa yang pertama di indukkan pada tahun ini dan ahli biasa yang ke-69 Kelab Bakti Gunung Keledang.

Sdr Dilshaad Ali, adalh lulusan perubatan dari Universiti Karachi, Pakistan dan Ireland telah banyak menjalankan aktiviti kemasyarakatan sejak menganggotai MERCY MALAYSIA beberapa tahun lalu.

Beliau kini bertugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Hospital Pantai Ipoh.

Pada tahun 2009, banyak aktiviti kelab terutama untuk masyarakat Orang Asli berjaya dijalankan secara bersama antara kelab dan Hospital Pantai, Ipoh atas inisiatif beliau.

Permohonan beliau menjadi ahli dicadangkankan oleh Sdr Dr Ruslan dan disokong oleh Sdr Rizal Ali mendapat kelulusan Jawatankuasa Induk dan diperakui oleh 'Council of Elders' minggu lalu.

Biro Ehwal Kelab yang bertanggungjawab menjalankan segala aktiviti untuk ahli-ahli dan keluarga Keledang telah menerima Dr Dilshaad sebagai anggota baru biro tersebut.

Pihak kelab berkeyakinan penuh 'our latest family member' mampu memberi sumbangan bernas dan padu ke arah mempertingkatkan  aktiviti-aktiviti Kelab Bakti Gunung Keledang dan Yayasan Bakti Gunung Keledang untuk masyarakat.

Kepada Sdr Dr Dilshaad, isteri dan keluarga, kami mengucapkan’ WELCOME TO THE KELEDANG FAMILY’


INDUCTION OF NEW CLUB MEMBER

Witnessed by Dr Hj Zakaria the club President, The CEO of Hospital Pantai, Ipoh, Dr Dilshaad Ali, 39 took his oath as the 69th member of the club. The ceremony was held at the Sri Malaysia Hotel, Jalan Sturrock, Ipoh in front of an audience of nearly 100 people consisting of club members, Keledang family members and guests including the Perak State Secretary.

Dr Dilshaad has initiated many joint programmes with the club last year especially for the Orang asli community. His membership was proposed by club member, Dr Ruslan and supported by another member, Rizal Ali. The club's main committee approved his membership candidacy unanimously last week after deliberation by the club's Council of Elders.

To Dr Dilshaad, his wife and family, WELCOME TO THE KELEDANG FAMILY.


catatan oleh / text by muzillmansor