Saturday, September 25, 2010

59.MAJLIS 'ADILFITRI KELAB BERSAMA ANAK-ANAK YATIM DAN SAUDARA BARU

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, majlis sambutan 'Aidilfitri petang tadi anjuran kelab untuk keluarga Keledang bersama 200 anak-anak yatim dan saudara baru daripada kalangan masyarakat Orang Asli berjalan lancar. 

Majlis diserikan dengan persembahan nasyid dan nyanyian daripada beberapa kumpulan anak-anak yatim.

Sdr Bob yang menggantikan ayahanda beliau, Sdr Dato' Ishak Haji Mohamad(Pak Sako) selaku MC telah mengendalikan majlis dengan teratur. Tahniah Bob...ada gaye bro.

Restoran D'Polo di Jalan Brash, Ipoh kepunyaan Lan Katering menjadi venue majlis silaturrahim yang berjalan dalam suasana meriah, ceria dan muhibbah dengan hidangan pelbagai juadah. 

Ramai ahli Kelab hadir segak bergaya dengan baju Melayu. Keluarga Keledang pula anggun menarik dengan kebaya dan baju kurung.

Tiga generasi ahli keluarga Keledang turut serta menjayakan majlis santai petang tadi.

 

Ustaz Asrul, Ustaz Halim dan Ustaz Zubir, mubaligh-mubaligh yang bertugas di kampung Orang Asli turut hadir bersama anak-anak daripada masyarakat Islam Orang Asli.

Sdr Dr Hj Zakaria, Presiden kelab dan isteri beliau, Puan Hajjah Hanita kelihatan beramah mesra dengan tetamu sambil menghulurkan duit-duit raya kepada tetamu-tetamu cilik daripada Rumah anak-anak yatim.

Pada majlis yang sama, Sdr Presiden juga telah menyampaikan hadiah kecemerlangan kepada anak-anak Keledang yang mencapai keputusan gemilang dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM tahun lalu. Tahniah kepada anak-anak Keledang yang berjaya.

Semoga kejayaan yang tercapai menjadi rangsangan untuk terus maju kearah menjadi insan-insan cemerlang kebanggaan masyarakat, nusa dan bangsa.

SELAMAT HARI RAYA...dan SEMOGA TERUS BERJAYA.

58. MERAIKAN ANAK-ANAK YATIM SEMPENA HARI RAYA 'AIDILFITRI

Bertempat di Restoran D' Polo, Jalan Brash, Ipoh berhampiran Padang Rekreasi Sultan Abdul Aziz, Kelab Bakti Gunung Keledang akan menganjurkan satu majlis meraikan 200 anak-anak yatim daripada Rumah anak yatim Baitul 'Aini, Rumah anak yatim Darussalam, Rumah anak Yatim Budi Mulia Nurul Huda dan anak-anak Orang Asli Kampung Lalang pada hari ini, Sabtu 25 September 2010 jam 3.00 petang.

Semua ahli dan keluarga Keledang dijemput hadir memeriahkan majlis yang diatur sempena hari raya 'Aidilfitri.

Jamuan makan dan acara-acara yang sesuai adalah antara program yang telah disusun.

57. ULANGTAHUN KELAHIRAN KELUARGA KELEDANG

24 September 2010/ 15 Syawal 1431- Ulangtahun kelahiran Hajjah Yunita, isteri kepada Sdr Dr hj Abdul Murshid bin Che' Chik.

Didoakan semoga diberkati Allah Ta'ala dengan kesihatan yang baik, keluarga yang rukun damai, kebahagiaan berkekalan dan kemakmuran yang melimpah ruah.

14 September 2010/ 5 Syawal 1431- ulangtahun kelahiran Ir Khairul Anwar bin Dato' Masud, mantan Presiden Kelab.

Semoga terus diberkati Allah Ta'ala dengan kesihatan yang baik, rezeki yang bertambah, keluarga yang rukun damai dan kebahagiaan yang berkekalan.

Pohon jati pohon seraya

Ditanam belia disirami rapi

Terus berbakti di bulan raya

insan mulia disayangi Ilahi


Tuesday, September 21, 2010

56.SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN UPSR

Keluarga Kelab Bakti Gunung Keledang dan Yayasan Bakti Gunung Keledang mendoakan semoga semua anak-anak Keledang dan semua pelajar yang akan menhadapi peperiksaan UPSR mulai esok, beroleh kejayaan yang gemilang.

Semoga tabah hati, tenang dan yakin menjawab semua soalan dengan baik.

SELAMAT MAJU JAYA.

Saturday, September 4, 2010

54. Aid to a single mother with 5 kids

The club President and wife accompanied by the Vice President visited the home of a single mother with five kids in Kelebang, Ipoh on Thursday, 02 September 2010. Her plight was highlighted by a local newspaper and the club president picked the news and decided to provide a prompt assistance.

A sum of money plus a basketful  of food ration of rice, flour, cooking oil, sugar, salt, biscuits, Milo, tea, cordial, chocolates and an assortments of Hari Raya goodies were handed over to the single mother  by Puan Hanita, the club President's wife.

53. CONTRIBUTION FOR PAKISTAN FLOOD VICTIMS

The Keledang Club allocated RM5,000 for contribution to the Pakistan flood victims. Just a small donation to help alleviate the sufferings of those affected by the great flood especially in this month of Ramadhan. 

The contribution was made to MERCY MALAYSIA through The Ipoh Echo. The cheque was handed over on Thursday 02 September 2010 by Dr Hj Zakaria, the club's President to Mr Fathol Zaman Bukhari, the Director of Ipoh Echo in Ipoh for subsequent handing over to MERCY MALAYSIA, Perak chapter.