Saturday, September 25, 2010

59.MAJLIS 'ADILFITRI KELAB BERSAMA ANAK-ANAK YATIM DAN SAUDARA BARU

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, majlis sambutan 'Aidilfitri petang tadi anjuran kelab untuk keluarga Keledang bersama 200 anak-anak yatim dan saudara baru daripada kalangan masyarakat Orang Asli berjalan lancar. 

Majlis diserikan dengan persembahan nasyid dan nyanyian daripada beberapa kumpulan anak-anak yatim.

Sdr Bob yang menggantikan ayahanda beliau, Sdr Dato' Ishak Haji Mohamad(Pak Sako) selaku MC telah mengendalikan majlis dengan teratur. Tahniah Bob...ada gaye bro.

Restoran D'Polo di Jalan Brash, Ipoh kepunyaan Lan Katering menjadi venue majlis silaturrahim yang berjalan dalam suasana meriah, ceria dan muhibbah dengan hidangan pelbagai juadah. 

Ramai ahli Kelab hadir segak bergaya dengan baju Melayu. Keluarga Keledang pula anggun menarik dengan kebaya dan baju kurung.

Tiga generasi ahli keluarga Keledang turut serta menjayakan majlis santai petang tadi.

 

Ustaz Asrul, Ustaz Halim dan Ustaz Zubir, mubaligh-mubaligh yang bertugas di kampung Orang Asli turut hadir bersama anak-anak daripada masyarakat Islam Orang Asli.

Sdr Dr Hj Zakaria, Presiden kelab dan isteri beliau, Puan Hajjah Hanita kelihatan beramah mesra dengan tetamu sambil menghulurkan duit-duit raya kepada tetamu-tetamu cilik daripada Rumah anak-anak yatim.

Pada majlis yang sama, Sdr Presiden juga telah menyampaikan hadiah kecemerlangan kepada anak-anak Keledang yang mencapai keputusan gemilang dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM tahun lalu. Tahniah kepada anak-anak Keledang yang berjaya.

Semoga kejayaan yang tercapai menjadi rangsangan untuk terus maju kearah menjadi insan-insan cemerlang kebanggaan masyarakat, nusa dan bangsa.

SELAMAT HARI RAYA...dan SEMOGA TERUS BERJAYA.

No comments:

Post a Comment