Tuesday, July 27, 2010

35. MARI MAIN GOLF SAMBIL BERAMAL BAKTI...

Kelab Bakti Gunung Keledang akan menganjurkan satu pertandingan Golf Amal bertempat di Clearwater Sanctuary Golf Resort, Batu Gajah, Perak pada hari Sabtu, 31 Julai 2010 bermula jam 7.30 pagi bagi mengumpul dana Yayasan Bakti Gunung Keledang untuk agihan kepada badan-badan amal Islam dan Bukan Islam seluruh negeri Perak. 

Acara dwitahunan ini dikendalikan oleh satu jawatankuasa kecil yang di pengerusikan oleh Sdr Razalli Merican.

Memang dia yang pakar mengendalikan program sebegini setiap kali acara di adakan sejak bertahun dahulu. Terima kasih kepada Sdr Razalli atas kegigihan dan usaha Murni yang hanya Allah Ta'ala dapat membalas budi baik sdr. Semoga Sdr dan sekelian ahli keluarga sentiasa diberi kesihatan, dilimpahi nikmat  dan keberkatan Ilahi jua.

Sasaran kutipan dana ialah RM100,000. Setiap satu flight cuma berharga RM3,000 sahaja. Sehingga laporan ditulis, sambutan daripada para golfers di negeri Perak amal menggalakkan. Kelab yakin sasaran dana untuk Yayasan Keledang agtihkan kepada para penerima yang berhak akan tercapai, insyaallah...

Beberapa pertubuhan amal dan badan kebajikan termasuk persatuan kebajikan anak-anak istimewa seperti kanak-kanak autisme di negeri Perak telah dikenalpasti untuk menerima sumbangan selepas tamat pertandingan dan semasa majlis penyampaian hadiah pertandingan. Kesemua wang kutipan dana akan diagihkan kepada badan-badan amal.

Sementara para golfers bertempur di padang, seperti biasa acapkali program golf amal dijalankan, beberapa acara persembahan oleh kanak-kanak istimewa daripada beberapa badan kebajikan akan diadakan. Acara adalah atas inisiatif Keledang Ladies. 

Kelab Bakti Gunung Keledang dan Yayasan Bakti Gunung Keledang ingin merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah menghulurkan sumbangan tunai dan goodies.

Semua sumbangan atas nama 'Yayasan Bakti Gunung Keledang' dikecualikan daripada cukai pendapatan.

Ahli-ahli kelab dan mereka yang masih berminat untuk menyertai golf amal ini atau ingin menghulurkan sumbangan bakti , sila hubungi terus Sdr Razalli Merican, tel: 012-4638819.

Sunday, July 18, 2010

34. HAPPY BIRTHDAY MR PRESIDENT

Yesterday was the birthday anniversary of Dr Zakaria Abdul Kadir, our beloved President of Kelab Bakti Gunung Keledang. I could not blog due to the interruption of internet connection.


Anyway, Happy Birthday, Sir and many happy returns.


Here is a pantun specifically coined for you:

ANAK ITIK TERKEDIK KEDIK

ANAK CHEETAH SUKA BERTEMPUR

DR ZAKARIA ORANGNYA CERDIK

KELAB KITA BERTAMBAH MAKMUR

Monday, July 5, 2010

33. FADHILAT MEMBERI MAKAN DAN SALAM DALAM KEBAIKAN

Di riwayatkan oleh Abdullah bin 'Amr bin Al 'Ash radhiallahu 'anhuma, bahawasanya pernah ada seorang lelaki bertanya kepada Rasullullah sallallahu alaihi wasallam. "Islam yang bagaimanakah yang paling baik?".

Baginda bersabda: " Kamu memberi makan dan mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal." Muttafaq 'alaih H.R : Bukhari dan Muslim.*

* Petikan daripada ' Shahih Riyadhus Shalihin', halaman 204.

Saturday, July 3, 2010

32. TALK AND HEALTH SCREENING PROGRAMME

In collaboration with Pantai Hospital, Ipoh  the above programme will be conducted on Saturday 3 July 2010 at the residence of Sdr Amiruddin/ Puan Suzanna, Taman Golf, Ipoh

Itinerary: 

8.00 a.m - Blood Screening

                 - Bone Density Test

8.30 a.m -  Breakfast

9.30 a.m - Talk by Dietician, Ms Rachael

10.30 a.m - Q & A

11.30 a.m _ Light Refreshments

All Keledang ladies and friends are cordially invited.