Thursday, October 21, 2010

67. MESYUARAT BIRO PELAJARAN

Notis daripada Dr Hj Abdul Murshid, Ketua Biro Pelajaran KBGK :

 Mesyuarat Biro Pelajaran akan diadakan hari ini (21.10.2010) Khamis jam 8.30 malam di Restoran Hainan Chicken Rice, Jalan Anderson, Ipoh untuk memperhalusi pelaksanaan cadangan Kem Motivasi untuk 100 orang anak-anak yatim, penghuni Rumah-rumah anak-anak yatim seluruh negeri Perak.

Kumpulan sasaran kem motivasi ialah pelajar-pelajar lelaki dan perempuan lingkungan usia 14-16 tahun. Ahli-ahli kelab adalah digalakkan menaja kos program melalui sistem anak angkat.

Program akan dijalankan di Kem Dato' Sagor, Kampong Gajah bermula hari Jumaat, 12 November hingga hari Ahad, 14 November 2010.

Semua AJK Induk Kelab dan AJK Biro Pelajaran dijemput hadir. 

Ahli-ahli kelab yang ingin turut serta dalam perbincangan amatlah dialukan kehadiran.

Jamuan santai akan dihidangkan ikut selera citarasa dan kemampuan menu tersedia.


No comments:

Post a Comment