Tuesday, October 5, 2010

61. CADANGAN PROGRAM QURBAN DI HARI RAYA 'AIDIL 'ADHA

Pada Mesyuarat mingguan hari Rabu 29 September 2010 lalu bertempat di Hotel Seri Malaysia, Ipoh, telah diputuskan bahawa acara qurban akan diteruskan sempena 'Aidil 'Adha tahun ini.

Sasaran ialah sebanyak empat ekor lembu untuk dikorbankan seperti tahun lalu. Setakat ini tempahan untuk dua ekor lembu telah diterima daripada ahli-ahli kelab.

AJK Kelab belum membuat keputusan mengenai mana-mana masjid atau surau yang akan menerima lembu-lembu qurban tersebut.

Ahli-ahli yang membuat qurban boleh memberi cadangan. Yang penting ialah tempat yang dipilih adalah berdekatan Ipoh dan kumpulan sasaran agihan supaya senang ahli-ahli dan keluarga turut serta dalam acara penyembelihan, lapahan dan agihan daging qurban untuk kumpulan penerima yang layak.

Setiap satu pangku dianggarkan sebanyak RM 400.00 ( Ringgit Malaysia; Empat Ratus sahaja).

Bayaran tempahan hendaklah dijelaskan kepada Sdr Bendahari Kehormat selewat-lewatnya 14 hari sebelum tarikh hari raya 'Aidil 'Adha.

Ahli-ahli yang berminat, sila buat tempahan dengan Sdr Meor Muzaffar, Eksekutif Urusetia KBGK, Tel: 019-2602876

Semoga semua amalan kita mendapat keberkatan Allah subhanahu wata'ala. Amin

No comments:

Post a Comment