Tuesday, October 26, 2010

69. BERITA MINGGU INI

26 Okt 2010 - Ulangtahun kelahiran ke 73 Sdr BP Dato' hj Harun Saruji. Semoga dilimpahkan kebahagiaan dan keberkatan, ditingkatkan keimanan serta dianugerahkan kesihatan yang baik untuk YBgh Dato' dan Datin, anak - anak dan cucu - cucu.

27 Okt 2010 jam 1.00 tengahari - Mesyuarat mingguan kelab bertempat di bilik Eagles Nest, tingkat 1, Royal Perak Golf Club. Tetamu khas sessi mesyuarat kali ini ialah YBhg Dato' Yahaya Shafie, bekas presiden protem KBGK tahun 1977. 

Semua ahli dan isteri dipohon hadir beramai-ramai mendengar dan berkongsi sessi pengkisahan sejarah kelab.

Buffet lunch will be served@RM15 per person.

27 Okt 2010 jam 5.00 petang - Program agihan makanan percuma kepada fakir miskin dan musafir di Masjid Paloh, Ipoh.

Ahli-ahli dan para sukarelawan dialu-alu hadir untuk membantu proses agihan.

No comments:

Post a Comment