Wednesday, October 13, 2010

64. ACARA KORBAN 'AIDIL 'ADHA TAHUN INI

 Pihak kelab telah bersetuju untuk melaksanakan acara korban 'Aidil 'Adha di tiga tempat berikut:

1. Myanmar - Ahli-ahli kelab yang berminat untuk mengadakan korban untuk masyarakat Islam di Myanmar boleh berurusan terus dengan Sdr BP Hj Hamzah bin Ibrahim, tel:012-5529055. Kos satu pangku hanyalah@RM180 sahaja. Lagi banyak dana yang dikumpul, lebih banyak lembu yang dapat dikorbankan untuk agihan kepada masyarakat Islam yang da'if di Yangoon, Myanmar

2. Masjid Kampung Sengat, Simpang Pulai, Ipoh - Satu ekor lembu korban diperuntukkan kepada Masjid Kampung Sengat. Kos satu pangku ialah @RM400 sahaja. Sila berurusan terus dengan Sdr Dr Hj Murshid, tel: 012- 5202498.

3. Masjid Kampung Jawang, Kuala Kangsar -Dua ekor lembu korban diperuntukkan untuk Masjid Kampung Jawang. Kos satu pangku ialah@ RM400. Sila hubungi Setiausaha Kehormat kelab, Sdr Hj Megat Shahrani, tel 019-5555876.

Semoga ibadah korban kita tahun ini diterima oleh Allah subhanahu wata'ala dan mencapai matlamat.


No comments:

Post a Comment