Tuesday, April 20, 2010

13. PROGRAM SEKOLAH ANGKAT 1: SK SUAK PADI, PARIT

Jam 10.40 pagi tadi Sdra Dr Murshid, Ketua Biro Pelajaran Kelab Keledang telah meluangkan masa bertandang ke Sekolah Kebangsaan Suak Padi, Parit, Perak.

Dalam pertemuan dan perbincangan hampir satu jam dengan Puan Selmywati, Guru Besar SK Suak Padi, Sdr Dr Murshid telah memaklumkan secara prinsipnya Kelab telah bersetuju untuk menjadikan SK Suak Padi antara sekolah angkat kelab tahun ini.

Pihak Kelab akan menyediakan dana tunai untuk membiayai kos program pemantapan persediaan menghadapi peperiksaan UPSR bagi 21 orang pelajar tahun 6 sekolah tersebut. 

Program pemantapan yang dicadang dijalankan oleh guru-guru sekolah tersebut ialah kelas-kelas tuisyen untuk empat mata pelajaran teras dan kem motivasi yang akan dilaksanakan dengan bantuan pakar motivasi daripada kelab dan guru-guru luar.

Program akan dilaksanakan mulai bulan Mei dan berterusan sehingga menjelang peperiksaan UPSR.

Mengikut Puan Guru Besar, pelajar-pelajar tahun 6 yang kesemuanya dari kalangan Orang Asli kaum Semai memang berpotensi tinggi untuk lulus cemerlang jika ada sokongan program latih tubi yang jitu seperti yang dirancangkan sekolah dengan bantuan NGO prihatin seperti Kelab Keledang.

Untuk makluman, Sekolah Kebangsaan Suak Padi adalah sebuah sekolah dalam perkampongan Orang Asli dengan jumlah pelajar seramai 103 anak-anak kaum Semai. Walaupun sekolah kekurangan bilik belajar, dengan kegigihan tenaga pengajar pencapaian UPSR agak memberansangkan.

Sdra Dr Murshid bagi pihak kelab akan terus memantau dari semasa ke semasa program yang akan dijalankan supaya sasaran kecemerlangan terhasil.

1 comment:

  1. Bagaimana saya boleh berhubung dengan Presiden dan Bendahari Kehormat.Kami ada beberapa penderma yang ingin menderma dan seterusnya memerlukan resit pengecualian cukai pendapatan.
    Hj Mohd Azlan, Pengerusi PIBG SK Seri Tronoh, TRonoh (019 - 5777955)

    ReplyDelete