Wednesday, April 28, 2010

15. DIARY KELEDANG BAGI TEMPOH 18hb HINGGA 30 hb APRIL 2010

19 April - Dua orang ahli menerima kurniaan pingat yang membawa gelaran Dato' daripada DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah sempena keputeraan baginda yang ke-82. Paparan artikel pada 20 hb April 2010. Setinggi-tinggi tahniah daripada pihak kelab.

21 April jam 1.00- Mesyuarat mingguan di Kelab Di raja Ipoh.

 21 April jam 5.00-Program agihan makanan percuma kepada golongan fakir miskin dan musafir di Pekarangan Masjid Tengah. Makanan sumbangan Dato' Mohamad Razali Khalid, Naib Presiden Kelab. 

23 April - Hari ulangtahun kelahiran Dr Hj Murshid Che Chik. Didoakan semoga sihat sejahtera, murah rezeki dan sentiasa di berkati Allah SWT

23 April-Hari ulangtahun perkahwinan Sdra Fisol Ismail dengan Puan Khairatul. Didoakan semoga sihat sejahtera, murah rezeki, aman bahagia dan didalam keberkatan Allah SWT.

Pantun kiriman Sdr Megat Shahrani, Setiausaha Kehormat kelab:

                Burung pipit terbang sekawan

                Makan padi di tengah sawah

                Orang beriman jadikan teman

                Baru hidup jiwa mutma'innah

23 April - Lawatan Ketua Biro Pelajaran kelab ke SK Pos Raya

27 April - Hari ulangtahun kelahiran Dato' Mansor bin Ahmad. Didoakan sihat sejahtera, murah rezeki dan sentiasa dalam keberkatan Allah SWT

27 April - Hari ulangtahun perkahwinan Dato' Syed Azman dengan Datin Norpisah. Didoakan sihat sejahtera, aman bahagia, rukun damai dan dilimpahi barakah.

Serangkap pantun buat Dato' dan Datin:

                   Ela kain dibuat ikatan

                   Sudah disarung diikat kemas

                   Bila pemimpin kuat beriman

                   Mudah wujud masyarakat cergas

28 April jam 1.00 tghari-Mesyuarat Kelab di Kelab Diraja Ipoh

28 April jam 5.00 petang-Program Agihan Makanan Percuma kepada fakir miskin dan musafir di Pekarangan Masjid Tengah, Ipoh. Makanan sumbangan Sdra Muzill Mansor

No comments:

Post a Comment