Thursday, April 8, 2010

7. AKTIVITI-AKTIVITI BIRO PELAJARAN

Perjumpaan ahli-ahli Biro Pelajaran Kelab bulan ini di hoskan oleh Sdr Dato' LAT yang memilih rumahnya di Taman Golf, Ipoh sebagai tempat mesyuarat. Majlis bermula pada jam 8.30 malam  dengan acara makan malam yang disediakan oleh Datin Faezah. Selesai menjamah jamuan , barulah majlis mesyuarat dimulakan.

Hampir semua ahli biro termasuk Sdr Presiden, Setiausaha, Bendahari dan isteri hadir.

Sdr Dr Murshid selaku Ketua Biro dan isteri tiba paling awal. Disusuli oleh sdr Dr Zulghaz dan isteri. Tahniah Zul kerana dapat ijazah PhD dari UiTM. Sdr Dr Roslan, Sdr Dato' Dr Anwar, Sdr Dr hj Mohamad dan Sdr Amirruddin menyusul kemudian.

Inilah biro yang paling gah kerana ada empat orang doktor perubatan dan seorang doktor kejuruteraan daripada 9 orang anggota biro.

Seronok sungguh Dato' Lat dan Datin Faezah kerana ramai yang dapat hadir.

Rumusan perbincangan:

1. Dua buah sekolah rendah kampong Orang Asli terpilih sebagai sekolah angkat untuk program pemantapan UPSR selama tiga tahun dibawah biaya penuh Kelab.

Sekolah yang terpilih ialah SRK Suak Padi, Parit dan SRK Pos Raya, Simpang Pulai, Ipoh. Dua lagi sekolah terpaksa ditolak permohonan atas sebab-sebab teknikal.

2. Program pemantapan bahasa Inggeris di SRK Laneh, Lubuk Merbau dicadangkan diolah oleh Keledang Ladies dengan International School, Ipoh.

3. Bantuan pelajaran kepada pelajar-pelajar miskin di SRK Pasir Salak telah disampaikan melalui Guru Besar sekolah tersebut.

4. Program 1,000 pelajar bersama angkasawan mendapat sambutan di luar dugaan. Permohonan diterima daripada 1,600 pelajar untuk hadir. Perlu olahan supaya ada ruang yang cukup dan selesa dalam dewan.

Di akhir mesyuarat, Sdr Dato' Lat menyampaikan senaskah buku 'Kampong Boy' terjemahan terbaru dalam bahasa Arab kepada Sdr Presiden untuk pusat sumber kelab.

Mesyuarat tamat jam 11.00 malam dengan rakaman terima kasih kelab kepada Sdr Dato' Lat dan Datin Faezah.

Catatan:

muzillmansor

No comments:

Post a Comment