Wednesday, April 7, 2010

5. DIARY KELAB KELEDANG BAGI TEMPOH 29 MAC 2010 HINGGA 10 APRIL2010

Diperturunkan program sepanjang minggu lalu dan minggu ini untuk tatapan ahli-ahli yang tidak berkesempatan hadir pada mesyuarat mingguan setiap hari Rabu.

Jadual

Ahad 28 Mac 2010 jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari

Kelas Fardhu ‘Ain untuk ahli dan keluarga Kelab Keledang dibawah kelolaan Ustaz Azhar Abdul Latiff di ikuti jamuan tengahari. Aktiviti bulanan anjuran Biro Hal Ehwal Kelab ini mendapat sambutan tersangat baik.

Rabu 31 Mac 2010 jam 5.00 petang

Agihan 200 bungkusan makanan dan minuman percuma kepada fakir miskin dan golongan yang memerlukan di pekarangan Masjid Panglima Kinta, Ipoh. Makanan tajaan Sdr Hj Jaafar Chik. Sambutan baik daripada pelbagai kaum dan agama, lelaki dan wanita. Program pemeriksaan kesihatan turut diadakan. Program anjuran Biro Kebajikan Kelab.

Rabu 31 Mac 2010 jam 8.30 malam

Kupasan Model Ekonomi Baru (MEB) oleh Dr. Zubir Harun, Naib Presiden PERKASA Malaysia merangkap Presiden PERKASA negeri Pahang dan sesi soal jawab dengan ahli-ahli Kelab Keledang. Majlis yang diadakan di hotel Seri Malaysia, Ipoh dihadiri oleh 65 orang ahli dan keluarga Kelab serta tetamu-tetamu Kelab.

Khamis 01 April 2010 jam 7.30 malam

Program sambutan Maulidil Rasul di Surau Taman Golf, Ipoh. Solat Maghrib dan Solat Isya’ berjemaah dengan selingan tazkirah ringkas oleh Ustaz Kahar selepas Solat Maghrib dan sebelum Solat Isya’. Jamuan makan malam tajaan Sdr Dr Zakaria, Presiden Kelab.


Mesyuarat ringkas AJK Kelab dan Yayasan Keledang diadakan selepas jamuan makan malam.

Jumaat 02 April 2010 jam 8.30 malam

Jemputan ke Majlis pelancaran Tabung PDK Baiduri Perak oleh DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun di Dewan Bankuet, Pejabat Menteri Besar Perak.

Kelab Keledang diperuntukkan dua meja. Mewakili Kelab Keledang ialah Sdr Dr Zakaria, Presiden Kelab dan keluarga, Sdr Razali Khalid, Naib Presiden Kelab dan Isteri, Sdr Megat Shahrani dan Isteri, Sdr BP Dato’ Azumu dan Isteri, Sdr Dato Seri Yunus Wahid dan Sdr Dato’ Hamdan Ahamd dan Isteri.

Rabu 07 April 2010 jam 1.00 tengahari

Mesyuarat mingguan Kelab Bakti Gunung Keledang akan diadakan di Ipoh Club, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Ipoh. Semua ahli dipelawa hadir.

Rabu 07 April 2010 jam 5.00 petang

Program agihan makanan percuma kepada fakir miskin di Bandar Ipoh diteruskan di pekarangan Masjid Panglima Kinta( Masjid Tengah), Ipoh.


Semua fakir miskin, tak kira bangsa atau agama, layak menerima makanan percuma. Makanan percuma kali ini adalah tajaan Sdr Dato' Hamdan Hj Ahmad dan Sdr Hj Azhar. Sejumlah 200 bungkusan makanan nasi berlauk ayam dan minuman habis diagihkan oleh para ahli, para isteri dan sukarelawan. Barisan fakir miskin yang datang mengambil bungkusan makanan saban minggu semakin panjang .

Rabu 07 April 2010 jam 8.30 malam

Mesyuarat Biro Pelajaran Kelab Keledang bil 04/2010 akan diadakan bertempat di kediaman Sdr Dato' Lat, Taman Golf, Ipoh. Semua ahli Biro dan isteri -isteri di jemput hadir. Ahli-ahli kelab yang kelapangan juga di jemput hadir.

Khamis 08 April 2010 jam 3.00 petang

Mesyuarat Jawatankuasa Persiapan Program 1000 pelajar Perak bersama Angkaswan Negara bil 02/2010 bertempat di Bilik Mesyuarat, Bahagian Khidmat Pengurusan, Aras 3, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Ahli-ahli yang telah diberi tanggungjawab, sila hadir.

Sabtu 10 April 2010 jam 10.00 pagi

Program 1000 pelajar negeri Perak dengan Angkasawan Negara, Dato Sheikh Muzaffar bertempat di Dewan Bankuet, Pejabat Menteri Besar Perak Darul Ridzuan. Program anjuran Biro Hal Ehwal Kelab dan Biro Pelajaran Kelab Keledang bersama Kerajaan Negeri Perak.

Ahli-ahli Kelab Keledang yang berminat hadir, sila sahkan kehadiran dan jumlah ahli keluarga yang ingin hadir dengan Sdr BPT Ir Khairul Anwar bin Dato’ Masud tel: 012 5887546 sebelum hari Rabu 07 April 2010 jam 5.00 petang.

CATATAN

PROJEK KEMASYARAKATAN TAJAAN KELAB/YAYASAN KELEDANG DALAM PELAKSANAAN

1. Pembinaan semula sebuah bangunan madrasah di Masjid Kampung Paloh, Ipoh menggantikan bangunan lama yang usang.

2. Pembinaan semula sebuah bangunan untuk bilik setor dan bilik bacaan, Rumah Anak-anak Yatim dan orang miskin Nurul Iman, Manjoi, Ipoh untuk menggantikan bangunan lama yang hangus terbakar.

Keterangan lanjut akan menyusul.

Maklumat terperinci mengenai aktiviti-aktiviti kelab boleh diperolehi daripada Sdr Megat Shahrani, Setiausaha Kehormat KBGK tel: 019 5555876

Terima kasih.

sedutan oleh:
muzillmansor daripada www.limautambun.blogspot.com

No comments:

Post a Comment