Wednesday, April 7, 2010

4. PROGRAM MURNI MASYARAKAT KELAB KELEDANG BERSAMA REGIMEN 3 SEMPADAN MALAYSIA-THAILAND

Pengorbanan anggota-anggota tentera dan keluarga mereka menjaga keselamatan negara amat di sanjung tinggi oleh ahli-ahli dan keluarga Kelab Bakti Gunung Keledang. Apatah lagi mereka yang berada di sempadan seperti di Pengkalan Hulu, Perak sempadan Malaysia -Thailand.



Kami amat terharu dan terhutang budi kepada semua anggota Angkatan Tentera Malaysia dan seluruh keluarga mereka.

Maka dengan itu apabila ada berita tentang pesara tentera memerlukan bantuan, hati kami cepat tersentuh.


Diberitakan seorang pesara tentera, En Roslan dan keluarganya di Kampong Air Panas, Pengkalan Hulu, Perak, Malaysia perlukan bantuan. Isterinya yang kurang upaya selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya memerlukan sebuah kamar mandi dan tandas khas untuk OKU.


Rumah mereka dalam kebun (getah baru setahun ditanam) adalah satu-satunya rumah di puncak bukit jauh dari perkampongan dan kemudahan asas dalam satu kawasan yang baru diteroka. Bekalan letrik diperolihi dari genset dan bekalan air bersih dari perigi di kaki bukit hampir 200 meter kebawah.

Setelah disiasat kesahihan keperluan, Kelab bersetuju menghulurkan bantuan semua bahan-bahan yang perlu sementara pihak regimen menyediakan tenaga kerja dan kepakaran membina.



Projek ini terus diangkat sebagai projek kemasyarakatan perintis kerjasama antara Kelab Bakti Gunung Keledang dan Regimen 3, Angkatan Tentera Malaysia.


Gandingan bersama Kelab dan Regimen 3 Sempadan Malaysia - Thailand yang berpangkalan di Pengkalan Hulu, Perak, menyaksikan serombongan 30 orang ahli-ahli Kelab , para isteri dan anak-anak Keledang berkampong ber'Hari Keluarga' di Resort Air Panas, Pengkalan Hulu selama 2 hari satu malam dari hari Isnin 15 Mac 2010 hingga 16 Mac 2010 untuk menjayakan program murni tersebut.



Syukur kepada Allah subhanahu wa ta'ala, segala yang dirancang berjalan lancar.

Perjalanan ke rumah En Roslan pada petang Isnin dengan jeep ATM merupakan satu pengalaman baru buat anak-anak Keledang. Pengalaman amat bermakna yang mampu menanam kesedaran betapa tinggi nilai pengorbanan anggota-anggota tentera Malaysia untuk menjaga keamanan negara.




Disamping bahan-bahan binaan, pihak Kelab turut memberi sumbangan wang tunai dan makanan kepda keluarga En Roslan.

Sepanjang lawatan mesra kami ke Kem Regimen 3 Sempadan Malaysia –Thailand, rombongan Kelab disambut dan dilayan mesra oleh anggota-anggota dan para keluarga mereka bagaikan satu keluarga yang akrab. Makan minum sepanjang dua hari disiap dengan sempurna, program lawatan siang dan malam disusun rapi dan teratur melambangkan tingginya disiplin ketenteraan.

Pada hari Selasa sambil rombongan kelab diberi penerangan tentang tugas-tugas ketenteraan di sempadan, program derma darah dengan kerjasama Hospital Sungai Petani turut diadakan.



Rombongan Kelab Bakti Gunung Keledang terutama anak-anak Keledang pulang dengan penuh kesedaran bahawa sedikit budi yang keluarga Keladang cuba taburkan pada masyarakat hanyalah sekelumit jika dibandingkan dengan pengorbanan besar anggota-anggota tentera Malaysia dan keluarga mereka yang bersabung nyawa.



COMMUNITY SERVICE WITH THE MALAYSIAN ARMED FORCES

As Malaysians we are tremendously proud of our Armed Forces whose main task is to ensure the security and uphold the sovereignty of our proud nation. The sacrifices of our army personnel especially those patrolling the borders whether in active service or have retired are enormous.

Hence we at Keledang Club were looking for the right opportunity to initiate a joint project with the Army. When news that an ex-serviceman's family in Pengkalan Hulu, Perak near the Malaysia-Thailand border needing help to install proper sanitary facilities for a handicapped wife, we jumped at the opportunity to assist.

On Monday morning, a group of 30 club and family members headed north from Ipoh to The 3rd Regiment Camp, Pengkalan Hulu, Perak for the joint community project to install that sanitary facilities at En Roslan, the ex-serviceman's home. The club would provide the financing and all building materials and the army would provide the expertise and labour to complete the project.


From Monday, the 15th March till Tuesday, 16th March 2010,we were treated like family members by the staff and families of the 3rd Regiment jointly organising various programs.


To Lieutenant Colonel Hj Ruslan bin Hj Musa, Commander Regiment 3, ATM we salute you Sir for your kind generosity. We applaud you for your gallantry and kind heart to have concerned for all your serving soldiers and community yet never lose sight on the needs for those who have retired from service.


Without your networking KELAB KELEDANG WOULD NEVER HAVE NOTICED a cry of help from an ex-serviceman.

As in the words of Dr Zakaria, our beloved Club President, we pray that there will be many more joint community projects especially for ex-servicemen in the near future.



A BIG THANK YOU TO YOU LIEUTENANT COLONEL HJ RUSLAN, YOUR FAMILY AND ALL YOUR SOLDIERS AGAIN, SIR.


extracted by:

muzillmansor from www.limautambun.blogspot.com

No comments:

Post a Comment