Friday, November 26, 2010

86. MALAM MESRA KELAB BERSAMA TAN SRI RAMLI NGAH TALIB

Malam Mesra KBGK yang terakhir bagi tahun ini sepertimana ucapan Sdr Dr Hj Zakaria Abdul Kadir, Presiden Kelab adalah diperuntukkan khas kepada seorang tokoh yang banyak berjasa kepada bumi Perak dan Kelab Keledang.

Tan Sri Ramli Ngah Talib, anak kelahiran Kampung Gajah daripada keturunan Pamglima Dato' Sagor yang cemerlang kerjaya politiknya di peringkat negeri Perak hingga ke peringkat nasional diberi penghormatan sebagai tetamu kehormat kelab.

Tan Sri memang rapat dengan Kelab Keledang. Semasa menjadi Menteri Besar Perak beliau sentiasa melapangkan masa untuk menghadiri majlis Pemasyuran Presiden setiap tahun mengiringi Tuanku Raja Muda.

Pada malam lalu beliau menggunakan pentas yang tersedia untuk melaksanakan dua tugas penting iaitu:

1. Mengagihkan sumbangan peribadi kepada 7 Rumah anak-anak yatim, dan

2. Melancarkan buku 'Meniti zaman' biografi beliau sepanjang perjalanan kehidupan sebagai anak desa dan pemimpin politik.

Seramai 200 orang ahli keluarga Keledang dan tetamu termasuk Orang-orang Besar Jajahan negeri hadir di Dewan Hotel Sri Malaysia meraikan tetamu kehormat malam tersebut.

Di penghujung malam, satu sesi bergambar Tan Sri bersama AJK Kelab telah diadakan sebagai rakaman peristiwa penting malam tersebut.

No comments:

Post a Comment