Thursday, August 5, 2010

39. BERITA MINGGU INI ( 01 OGOS 2010 - 07 OGOS 2010)

04 Ogos 2010 Rabu jam 1.00 tengahari

Mesyuarat mingguan kelab di Kelab Ipoh Diraja.

Intipati mesyuarat:

* Sdr Presiden merakamkan penghargaan kepada Sdr Razalli Merican, barisan AJK kecil Golf amal dan semua ahli, Keledang Ladies, para dermawan, para golfers serta semua pihak yang telah memberi sumbangan dalam menjayakan program Golf Amal tahun ini.

* Majlis serahan cek bantuan kepada Rumah anak-anak yatim Baitul Aini, Simpang Pulai

* Majlis serahan wang peruntukan jamuan morei Surau Suak Padi dan Surau Gedong Batu, Parit, Daerah Perak Tengah, Perak

* Kelulusan Yayasan Bakti Gunung Keledang untuk sumbangan dua buah genset kepada dua kampung Orang Asli di Ulu Kinta, Ipoh, Perak.

04 Ogos 2010 Rabu jam 5.00 petang

Agihan makanan percuma kepada fakir miskin, musafir dan 'street people' di Masjid Paloh, Ipoh. Penaja minggu ini Sdr Dr Hj Mohamad bin Abdul Kadir.

05 Ogos 2010 Khamis

Ulangtahun kelahiran Sdr Dato' Ismail Mokhtar yang ke-65. Kelab mendoakan kesihatan yang baik, kesejahteraan dan kemakmuran untuk beliau dan sekelian ahli keluarga.

05 Ogos 2010 Khamis Jam 12.00 tengahari

Serahan dua buah genset oleh Sdr BP Dato' Hj Mansor Ahmad mewakili Yayasan Keledang kepada Ustaz Mohd Muzammil bin Ahmad Shapawi, Penolong Pengarah unit Ukhuwah, JAIP untuk kegunaan surau Kampung Lalang dan surau Kampung Choh, Ulu Kinta, Perak. Kedua genset adalah sumbangan daripada Yayasan Bakti Gunung Keledang.

06 Ogos 2010 Juma'at

*Ulangtahun kelahiran Sdr Hj Mustapha Mohamad, Ketua Biro ekonomi KBGK/YBGK. Semoga diberi kesihatan yang baik, kesejahteraan dan kemakmuran untuk beliau dan sekelian ahli keluarga.

*Ulangtahun perkahwinan Sdr Dato' Hj Mansor bin Ahmad dan Datin Hjh Nor Aida. Kelab mendoakan kesihatan dan kesejahteraan untuk keduanya serta ahli keluarga.

06 Ogos 2010 Juma'at bermula jam 7.15 petang 

*Ceramah agama di rumah Sdr Dato' Razali Khalid, Naib Presiden Kelab /Yayasan. Majlis bermula pada jam 7.15 petang dengan doa selamat, diikuti dengan solat maghrib berjemaah, tazkirah oleh Ustaz Haris Fadzilah daripada Jabatan Agama Islam negeri Perak, solat Isya' berjemaah dan jamuan makan malam.

* Majlis penyampaian sumbangan wang tunai oleh Puan Hanita, isteri Sdr Dr Zakaria, Presiden Kelab Keledang/ Yayasan Keledang kepada 26 orang ibu tunggal dan seorang pesakit cancer sempena bulan Ramadhan. Dana tunai adalah hasil terkumpul daripada aktiviti-aktiviti Keledang Ladies.

*Mesyuarat AJK KBGK dan YBGK akan diadakan di rumah Sdr Dato' Razali Khalid, Naib Presiden Kelab selepas jamuan makan malam. Agenda utama ialah membincangkan program kebajikan dan 'amal jariah sepanjang bulan Ramadhan.

Semua ahli kelab dan ahli keluarga serta sahabat handai dijemput hadir.

No comments:

Post a Comment