Friday, August 20, 2010

44.BERBUKA PUASA DI RUMAH AHLI KELAB - BIL 01

Memang menjadi amalan Kelab Bakti Gunung Keledang saban tahun apabila tiba bulan Ramadhan, ahli-ahli kelab akan silih menawarkan rumah masing-masing untuk majlis berbuka puasa.

Tahun ini juga tidak terkecuali. Sdr Abu Bakar dan Puan hajjah Fatimah mendahului ahli-ahli lain mengadakan majlis jamuan berbuka puasa, solat Maghrib, solat Isya' dan solat Tarawih berjema'ah di kediaman mereka di Jalan Manjoi, Ipoh pada hari Rabu 18 Ogos 2010/08 Ramadhan 1431.

Sebenarnya Uncle Bakar dan Auntie Fatimah sentiasa mendahului senarai ahli-ahli mengadakan rumah terbuka di bulan Ramadhan setiap tahun. Saya mula hadir majlis sebegini sejak masih di bangku sekolah.

Walau pun hujan, majlis yang diadakan pada malam tersebut meriah dengan kehadiran ramai ahli kelab dan keluarga serta sanak saudara, sahabat-sahabat dan kaum kerabat.

Kepada Uncle Bakar dan Auntie Fatimah, 

Terima kasih daun keladi; tahun depan jemputlah lagi...

Semoga Allah Ta'ala terus menganugerahkan kesihatan yang baik, melimpahkan segala kenikmatan, kesejahteraan dan kedamaian.


catatan dan gambar: muzill.mansor

No comments:

Post a Comment