Monday, June 7, 2010

28. NOTIS MESYUARAT AGONG TAHUNAN KE 32 KELAB BAKTI GUNUNG KELEDANG

NOTIS AWAL

01 JUN 2010


Kepada

Ahli-ahli Kelab Bakti Gunung Keledang


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Saudara,

NOTIS MESYUARAT AGONG TAHUNAN KE 32

KELAB BAKTI GUNUNG KELEDANG

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara diatas.

Menurut Perlembagaan dan Peraturan KBGK perkara 7.4.1 adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agong Tahunan ke 32 akan diadakan seperti mana berikut:

              Tarikh: Rabu 30 Jun 2010

              Masa:    12.00 tengahari

              Tempat: Hotel Seri Malaysia (Sri Banding)

              Jalan Sturrock 30000 Ipoh

Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut:

1. Mengesahkan Minit Mesyuarat Agong Tahunan ke 31 (2009)

2 Membentangkan Laporan Kelab bagi tahun 2009

3. Membentangkan Laporan Bendahari Kehormat dan Penyata Kewangan yang beraudit bagi tahun berakhir 31 Disember 2009

4. Memilih Ahli-ahli Jawatankuasa bagi tahun 2011 mengikut Fasal 8.1

5, Melantik Juruaudit Berkanun bagi tahun 2011 mengikut Fasal10

6. Mengemukakan Cadangan-cadangan yang diterima oleh Setiausaha Kehormat 


Kehadiran saudara-saudara semua amatlah diharapkan.

Sekian. Terima kasih


Yang menjalankan tugas


Hj Megat Ahmad Shahrani bin Megat Sharuddin

Bendahari Kehormat 2010

                                       

No comments:

Post a Comment