Monday, June 7, 2010

27. NOTIS MESYUARAT AGONG TAHUNAN KE 23 YAYASAN BAKTI GUNUNG KELEDANG

NOTIS AWAL

1 Jun 2010


Kepada

Ahli-ahli Yayasan Bakti Gunung Keledang


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Saudara,

NOTIS MESYUARAT AGONG TAHUNAN KE 23

YAYASAN BAKTI GUNUNG KELEDANG

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara diatas

Menurut Perlembagaan YBGK perkara 12 adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agong Tahunan ke 23 akan diadakan seperti mana berikut: 

                  Tarikh: Rabu 30 Jun 2010

                  Masa:    12.30 tengahari

                  Tempat: Hotel Seri Malaysia Ipoh (Sri Banding)

                                  Jalan Sturrock, 30000 Ipoh

Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut:

1. Mengesahkan Minit Mesyuarat Agong Tahunan ke 22 (2009)

2. Membentangkan Laporan Yayasan Bagi Tahun 2009

3. Membentangkan Laporan Bendahari Kehormat dan Penyata Kewangan yang telah diaudit bagi tahun berakhir 31 Disember 2009

4.Memilih 4 orang ahli Lembaga bagi tahun 2011  

5.Melantik Juruaudit Berkanun bagi tahun 2011

6.Memilih 3 orang Pemegang Amanah 

7.Mengemukakan cadangan-cadangan yang telah diterima oleh Setiausaha Kehormat.

Kehadiran saudara-saudara semua amatlah diharapkan.

Sekian. Terima kasih


Yang menjalankan tugas,

t.t

Hj Megat Ahmad Shahrani bin Megat Sharuddin

Setiausaha Kehormat 2010


                   

No comments:

Post a Comment