Tuesday, June 1, 2010

26. MAJLIS INDUKSI AHLI KE-69 KELAB BAKTI GUNUNG KELEDANG

Malam tadi bertempat di Hotel Sri Malaysia, Jalan Sturrock, Ipoh, Perak  majlis induksi ahli baru telah sempurna dilaksanakan oleh Presiden Kelab, sdr Dr Hj Zakaria Abdul Kadir.

Sdr Dr Dilshaad Ali, 39 tahun telah dengan resminya dimasyhurkan sebagai  ahli biasa yang pertama di indukkan pada tahun ini dan ahli biasa yang ke-69 Kelab Bakti Gunung Keledang.

Sdr Dilshaad Ali, adalh lulusan perubatan dari Universiti Karachi, Pakistan dan Ireland telah banyak menjalankan aktiviti kemasyarakatan sejak menganggotai MERCY MALAYSIA beberapa tahun lalu.

Beliau kini bertugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Hospital Pantai Ipoh.

Pada tahun 2009, banyak aktiviti kelab terutama untuk masyarakat Orang Asli berjaya dijalankan secara bersama antara kelab dan Hospital Pantai, Ipoh atas inisiatif beliau.

Permohonan beliau menjadi ahli dicadangkankan oleh Sdr Dr Ruslan dan disokong oleh Sdr Rizal Ali mendapat kelulusan Jawatankuasa Induk dan diperakui oleh 'Council of Elders' minggu lalu.

Biro Ehwal Kelab yang bertanggungjawab menjalankan segala aktiviti untuk ahli-ahli dan keluarga Keledang telah menerima Dr Dilshaad sebagai anggota baru biro tersebut.

Pihak kelab berkeyakinan penuh 'our latest family member' mampu memberi sumbangan bernas dan padu ke arah mempertingkatkan  aktiviti-aktiviti Kelab Bakti Gunung Keledang dan Yayasan Bakti Gunung Keledang untuk masyarakat.

Kepada Sdr Dr Dilshaad, isteri dan keluarga, kami mengucapkan’ WELCOME TO THE KELEDANG FAMILY’


INDUCTION OF NEW CLUB MEMBER

Witnessed by Dr Hj Zakaria the club President, The CEO of Hospital Pantai, Ipoh, Dr Dilshaad Ali, 39 took his oath as the 69th member of the club. The ceremony was held at the Sri Malaysia Hotel, Jalan Sturrock, Ipoh in front of an audience of nearly 100 people consisting of club members, Keledang family members and guests including the Perak State Secretary.

Dr Dilshaad has initiated many joint programmes with the club last year especially for the Orang asli community. His membership was proposed by club member, Dr Ruslan and supported by another member, Rizal Ali. The club's main committee approved his membership candidacy unanimously last week after deliberation by the club's Council of Elders.

To Dr Dilshaad, his wife and family, WELCOME TO THE KELEDANG FAMILY.


catatan oleh / text by muzillmansor

No comments:

Post a Comment