
Acara dwitahunan ini dikendalikan oleh satu jawatankuasa kecil yang di pengerusikan oleh Sdr Razalli Merican.
Memang dia yang pakar mengendalikan program sebegini setiap kali acara di adakan sejak bertahun dahulu. Terima kasih kepada Sdr Razalli atas kegigihan dan usaha Murni yang hanya Allah Ta'ala dapat membalas budi baik sdr. Semoga Sdr dan sekelian ahli keluarga sentiasa diberi kesihatan, dilimpahi nikmat dan keberkatan Ilahi jua.
Sasaran kutipan dana ialah RM100,000. Setiap satu flight cuma berharga RM3,000 sahaja. Sehingga laporan ditulis, sambutan daripada para golfers di negeri Perak amal menggalakkan. Kelab yakin sasaran dana untuk Yayasan Keledang agtihkan kepada para penerima yang berhak akan tercapai, insyaallah...
Beberapa pertubuhan amal dan badan kebajikan termasuk persatuan kebajikan anak-anak istimewa seperti kanak-kanak autisme di negeri Perak telah dikenalpasti untuk menerima sumbangan selepas tamat pertandingan dan semasa majlis penyampaian hadiah pertandingan. Kesemua wang kutipan dana akan diagihkan kepada badan-badan amal.
Sementara para golfers bertempur di padang, seperti biasa acapkali program golf amal dijalankan, beberapa acara persembahan oleh kanak-kanak istimewa daripada beberapa badan kebajikan akan diadakan. Acara adalah atas inisiatif Keledang Ladies.
Kelab Bakti Gunung Keledang dan Yayasan Bakti Gunung Keledang ingin merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah menghulurkan sumbangan tunai dan goodies.
Semua sumbangan atas nama 'Yayasan Bakti Gunung Keledang' dikecualikan daripada cukai pendapatan.
Ahli-ahli kelab dan mereka yang masih berminat untuk menyertai golf amal ini atau ingin menghulurkan sumbangan bakti , sila hubungi terus Sdr Razalli Merican, tel: 012-4638819.