Tuesday, November 30, 2010

89.WEDNESDAY MEETING AT RPGC, IPOH

IMPORTANT NOTICE TO ALL CLUB MEMBERS

Please take note that Wednesday's lunch meeting at 1.00 p.m tomorrow will be held at Eagles Nest Room, level 1, Royal Perak Golf Club, Ipoh.

Kindly make time to attend the meeting. Main agenda will be the preparations for the 2011 President's installation nite.

For further details, please contact En Roslan, KGBK Secretariat@0192778688

Saturday, November 27, 2010

88.NOTIS MESYUARAT AJKk MPP

Harap maklum bahawa mesyuarat Jawatankuasa kecil Majlis Pemasyuran Presiden 2011 akan diadakan seperti butiran berikut:

tarikh:29.11.2010 Isnin

masa: 8.00 malam

tempat: RPGC Eagle Nest Room

Kehadiran ahli-ahli JK kelab dan AJKk MPP dan mereka yang terlibat dalam persiapan dan persembahan malam MPP amatlah diharapkan.


Sumber berita: Sdr Roslan, Sekretariat KBGK


87. SUMBANGAN UNTUK MANGSA BANJIR KEDAH/PERLIS

Awal November 2010, sebahagian besar negeri Perlis dan Daerah Kubang Pasu serta Daerah Kota Setar, Kedah dilanda banjir yang teruk menenggelamkan banyak kawasan sawah padi. Rumah-rumah kediaman dimasuki air antara tiga hingga lima kaki. Ramai penduduk yang terpaksa berpindah ke pusat perlindungan sementara. 

Banjir kali ini adalah yang terburuk sejak 2005.

Antara NGO yang aktif membantu mangsa-mangsa banjir ialah Kelab Rekreasi Langkawi yang telah mengambil inisiatif bersama beberapa lagi NGO Kedah menubuhkan Tabung Bantuan Mangsa Banjir negeri Kedah/ Perlis.

Atas rasa simpati dan prihatin terhadap kesengsaraan mangsa-mangsa banjir di Kedah/ Perlis, kutipan telah dibuat di kalangan ahli-ahli Kelab Bakti Gunung Keledang menghasilkan satu jumlah yang agak besar. 

Pada Malam Mesra Rabu lalu, sdr Dr Hj Zakaria, Presiden kelab telah menyampaikan cek sumbangan Yayasan Bakti Gunung Keledang bernilai M15,000 kepada Dato' Mansor bin Ismail, mantan Pegawai Daerah Langkawi yang juga Presiden Kelab Rekreasi Langkawi sebagai bantuan daripada ahli-ahli kelab kepada mangsa-mangsa banjir.

Semoga sumbangan daripada kelab dan yayasan dapat membantu meringankan beban bahana banjir.

Friday, November 26, 2010

86. MALAM MESRA KELAB BERSAMA TAN SRI RAMLI NGAH TALIB

Malam Mesra KBGK yang terakhir bagi tahun ini sepertimana ucapan Sdr Dr Hj Zakaria Abdul Kadir, Presiden Kelab adalah diperuntukkan khas kepada seorang tokoh yang banyak berjasa kepada bumi Perak dan Kelab Keledang.

Tan Sri Ramli Ngah Talib, anak kelahiran Kampung Gajah daripada keturunan Pamglima Dato' Sagor yang cemerlang kerjaya politiknya di peringkat negeri Perak hingga ke peringkat nasional diberi penghormatan sebagai tetamu kehormat kelab.

Tan Sri memang rapat dengan Kelab Keledang. Semasa menjadi Menteri Besar Perak beliau sentiasa melapangkan masa untuk menghadiri majlis Pemasyuran Presiden setiap tahun mengiringi Tuanku Raja Muda.

Pada malam lalu beliau menggunakan pentas yang tersedia untuk melaksanakan dua tugas penting iaitu:

1. Mengagihkan sumbangan peribadi kepada 7 Rumah anak-anak yatim, dan

2. Melancarkan buku 'Meniti zaman' biografi beliau sepanjang perjalanan kehidupan sebagai anak desa dan pemimpin politik.

Seramai 200 orang ahli keluarga Keledang dan tetamu termasuk Orang-orang Besar Jajahan negeri hadir di Dewan Hotel Sri Malaysia meraikan tetamu kehormat malam tersebut.

Di penghujung malam, satu sesi bergambar Tan Sri bersama AJK Kelab telah diadakan sebagai rakaman peristiwa penting malam tersebut.

Thursday, November 25, 2010

85. SUMBANGAN KEPADA 7 RUMAH ANAK YATIM PERAK

Beliau mungkin bukan lagi seorang pemimpin politik yang aktif, mungkin bukan lagi seorang Menteri Besar, tetapi hatinya tetap bersama rakyat Perak.

Begitulah luhurnya hati Tan Sri Ramli Ngah Talib. Begitulah prihatinnya beliau walau pun kini menetap di Kuala Lumpur. Nasib anak-anak yatim di negeri Perak yang perlu pembelaan dan perhatian sentiasa dihatinya.

Bertempat di Hotel Sri Malaysia, Ipoh malam tadi, tujuh buah rumah anak-anak yatim telah dikenalpasti oleh Kelab Bakti Gunung Keledang layak  menerima sumbangan tunai daripada Tan Sri Ramli berjumlah RM50,000..

Rumah anak-anak yatim Darussalam, Kampung Sidang Permai, Simpang Pulai, Ipoh mendahului senarai penerima sumbangan ikhlas daripada Tan Sri Ramli.

Rumah anak-anak yatim Budi Mulia Nurulhuda, Chemor yang diwakili oleh Ustaz Shaharuddin menyusul diikuti oleh Rumah anak-anak Yatim Baitul 'Aitam, Temoh.

Rumah anak-anak yatim Al-amin, Parit, Rumah anak-anak yatim Darul Hikmat, Gopeng, Rumah anak-anak yatim Baitul 'Aini turut disenaraikan.

Badan Kebajikan Islam Perak(BAKIP), Meru Raya yang diwakili oleh Sdr Mokhtar juga turut mendapat perhatian.

Kelab Bakti Gunung Keledang bagi pihak kesemua rumah anak-anak yatim tersebut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tan Sri Ramli atas sumbangan besar yang diberikan.

Semoga Tan Sri, Puan Sri dan sekelian ahli keluarga dilimpahi rezeki yang bertambah, kesihatan yang baik dan kesejahteraan yang berkekalan.

Wednesday, November 24, 2010

84.PENJUALAN BUKU MENITI ZAMAN

Buku 'Meniti Zaman' adalah pengkisahan perjalanan kehidupan seorang anak desa kebanggaan Kampung Gajah, Daerah Perak Tengah, Perak bernama Ramli Ngah Talib. 

Dalam segala kepayahan belajar di kampung, beliau meneruskan pengajian ke Kolej Melayu Kuala Kangsar hingga terpilih melanjutkan pelajaran ke United Kingdom dalam jurusan undang-undang.

Berbekalkan ijazah undang-undang beliau meniti perjalanan kerjaya daripda seorang pensyarah di UiTM Shah Alam, peguam di TNB, peguam di Bank Bumiputra sehinggalah menjadi Menteri Besar Perak ke-8 dan seterusnya Speaker Dewan Parlimen Malaysia ke-2.

Kisah gemilang tersebut telah dibukukan menjadi bahan rujukan sejarah dan sebagai bahan rangsangan motivasi kejayaan seorang anak desa.

Alhamdulillah buku tersebut laris dijual malam tadi di Hotel Sri Malaysia. Terima kasih Bob Dato' Ishak, Omar Dato' Azmi ... and me, Muzill Dato' Mansor.

Tan Sri Ramli malam tadi juga telah bermurah hati mengagih semula 20% daripada hasil jualan kepada Yayasan Bakti Gunung Keledang sebagai sumbangan untuk rumah anak-anak yatim yang akan dipilih nanti(selain daripada 7 buah yang telah dikenalpasti).

Monday, November 22, 2010

83. MALAM MESRA BERSAMA TAN SRI RAMLI NGAH TALIB

Assalamu 'alaikum,

Sukacitalah dimaklumkan bahawa Majlis Malam Mesra KBGK 2010 bersama YBhg Orang Kaya-kaya Seri agar Diraja Tan Sri Dato Seri Diraja Ramli Ngah Talib akan diadakan pada:

Tarikh:24 Nov 2010 Rabu

Masa: 8.00 malam

Tempat: Hotel Seri Malaysia

Sembang bicara: Meniti Zaman oleh Tan Sri Ramli

Jualan buku: Meniti Zaman, biografi menyusur kehidupan dan kerjaya Tan Sri Ramli Ngah Talib@RM60 senaskah

Hasil jualan: 20% akan disumbangkan kepada rumah anak-anak yatim melalui Yayasan Bakti Gunung Keledang.

Semua ahli dan keluarga Keledang adalah dijemput hadir. Sahabat-sahabat Keledang adalah juga dijemput hadir sebagai meraikan Tan Sri Ramli, tetamu kehormat yang telah banyak menabur jasa kepada bumi Perak. 

Bila dah hadir sudi sudilah beli buku sambil menderma...

Sila buat tempahan awal melalui Sdr Roslan, sekretariat KBGK@ 019-277 8688