Thursday, April 8, 2010

7. AKTIVITI-AKTIVITI BIRO PELAJARAN

Perjumpaan ahli-ahli Biro Pelajaran Kelab bulan ini di hoskan oleh Sdr Dato' LAT yang memilih rumahnya di Taman Golf, Ipoh sebagai tempat mesyuarat. Majlis bermula pada jam 8.30 malam  dengan acara makan malam yang disediakan oleh Datin Faezah. Selesai menjamah jamuan , barulah majlis mesyuarat dimulakan.

Hampir semua ahli biro termasuk Sdr Presiden, Setiausaha, Bendahari dan isteri hadir.

Sdr Dr Murshid selaku Ketua Biro dan isteri tiba paling awal. Disusuli oleh sdr Dr Zulghaz dan isteri. Tahniah Zul kerana dapat ijazah PhD dari UiTM. Sdr Dr Roslan, Sdr Dato' Dr Anwar, Sdr Dr hj Mohamad dan Sdr Amirruddin menyusul kemudian.

Inilah biro yang paling gah kerana ada empat orang doktor perubatan dan seorang doktor kejuruteraan daripada 9 orang anggota biro.

Seronok sungguh Dato' Lat dan Datin Faezah kerana ramai yang dapat hadir.

Rumusan perbincangan:

1. Dua buah sekolah rendah kampong Orang Asli terpilih sebagai sekolah angkat untuk program pemantapan UPSR selama tiga tahun dibawah biaya penuh Kelab.

Sekolah yang terpilih ialah SRK Suak Padi, Parit dan SRK Pos Raya, Simpang Pulai, Ipoh. Dua lagi sekolah terpaksa ditolak permohonan atas sebab-sebab teknikal.

2. Program pemantapan bahasa Inggeris di SRK Laneh, Lubuk Merbau dicadangkan diolah oleh Keledang Ladies dengan International School, Ipoh.

3. Bantuan pelajaran kepada pelajar-pelajar miskin di SRK Pasir Salak telah disampaikan melalui Guru Besar sekolah tersebut.

4. Program 1,000 pelajar bersama angkasawan mendapat sambutan di luar dugaan. Permohonan diterima daripada 1,600 pelajar untuk hadir. Perlu olahan supaya ada ruang yang cukup dan selesa dalam dewan.

Di akhir mesyuarat, Sdr Dato' Lat menyampaikan senaskah buku 'Kampong Boy' terjemahan terbaru dalam bahasa Arab kepada Sdr Presiden untuk pusat sumber kelab.

Mesyuarat tamat jam 11.00 malam dengan rakaman terima kasih kelab kepada Sdr Dato' Lat dan Datin Faezah.

Catatan:

muzillmansor

6. MESYUARAT MINGGUAN RABU 07 APRIL 2010

Sdr Presiden, Dr Zakaria mempengerusikan mesyuarat mingguan kali ini yang diadakan di Ipoh Club pada jam 1.00 tengahari. Kehadiran seramai 24 orang ahli dan seorang tetamu.

Berita Gembira Keluarga Keledang:

Hari ulangtahun kelahiran

02 April - Puan Farina Farjan, isteri Sdr Rizal Ali

04 April -Sdr BP Dr Hj Mohamad A Kadir

06 April -Sdr Hj Ahmad Suhaili (Cici)

08 April -Sdr Dato' Hj Ahmad Ismail

08 April -Sdr Razali Merican

09 April -Datin Hjh Nor Aida, isteri Sdr BP Dato' Mansor Ahmad

12 April- Puan Saodah Hanadzlah, isteri Sdr hj Arshad Jalil

Kepada mereka yang menyambut hari kelahiran, ahli-ahli Kelab Keledang mendoakan semoga panjang umur, sihat sejahtera dan sentiasa dalam keberkatan Allah Ta'ala.

Pantun khas daripada Sdr Megat Shahrani, Setiausaha Kehormat kelab, kepada semua yang menyambut hari gembira:

                 Ikan baung ikan seluang

                 Berenang kehulu melawan arus

                 Beramal selagi ada peluang

                 Buatlah kerja amalan yang lurus

                 

Berita Duka Keluarga Keledang:

1.Ibu Sdr Dato' Azmi masih dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh Wad 8c kerana serangan angin ahmar. 

2. Sdr Yassin, ahli kelab sedang dalam rawatan pemulihan selepas diserang stroke. Beliau kini dibawah jagaan Sdr Presiden, Dr Zakaria.

3. Puan Hjh Fatimah, isteri kepada Sdr Abu Bakar Ismail dimasukkan ke Ipoh Specialist Centre untuk rawatan. Beliau juga dibawah seliaan Sdr Presiden, Dr Zakaria.

Semua ahli dan para isteri dipohon melapangkan masa untuk melawat rakan-rakan dan ahli keluarga yang ditimpa musibah.

Sama-sama kita doakan agar yang sakit dapat cepat sembuh.

Acara penglipur lara dikendalikan oleh Sdr BP Hj Ghazali Osman menghasilkan kutipan sebanyak RM192.00 untuk tabung kelab. 

Mesyuarat berakhir jam 2.05 petang.

catatan oleh: 

muzillmansor 

Wednesday, April 7, 2010

5. DIARY KELAB KELEDANG BAGI TEMPOH 29 MAC 2010 HINGGA 10 APRIL2010

Diperturunkan program sepanjang minggu lalu dan minggu ini untuk tatapan ahli-ahli yang tidak berkesempatan hadir pada mesyuarat mingguan setiap hari Rabu.

Jadual

Ahad 28 Mac 2010 jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari

Kelas Fardhu ‘Ain untuk ahli dan keluarga Kelab Keledang dibawah kelolaan Ustaz Azhar Abdul Latiff di ikuti jamuan tengahari. Aktiviti bulanan anjuran Biro Hal Ehwal Kelab ini mendapat sambutan tersangat baik.

Rabu 31 Mac 2010 jam 5.00 petang

Agihan 200 bungkusan makanan dan minuman percuma kepada fakir miskin dan golongan yang memerlukan di pekarangan Masjid Panglima Kinta, Ipoh. Makanan tajaan Sdr Hj Jaafar Chik. Sambutan baik daripada pelbagai kaum dan agama, lelaki dan wanita. Program pemeriksaan kesihatan turut diadakan. Program anjuran Biro Kebajikan Kelab.

Rabu 31 Mac 2010 jam 8.30 malam

Kupasan Model Ekonomi Baru (MEB) oleh Dr. Zubir Harun, Naib Presiden PERKASA Malaysia merangkap Presiden PERKASA negeri Pahang dan sesi soal jawab dengan ahli-ahli Kelab Keledang. Majlis yang diadakan di hotel Seri Malaysia, Ipoh dihadiri oleh 65 orang ahli dan keluarga Kelab serta tetamu-tetamu Kelab.

Khamis 01 April 2010 jam 7.30 malam

Program sambutan Maulidil Rasul di Surau Taman Golf, Ipoh. Solat Maghrib dan Solat Isya’ berjemaah dengan selingan tazkirah ringkas oleh Ustaz Kahar selepas Solat Maghrib dan sebelum Solat Isya’. Jamuan makan malam tajaan Sdr Dr Zakaria, Presiden Kelab.


Mesyuarat ringkas AJK Kelab dan Yayasan Keledang diadakan selepas jamuan makan malam.

Jumaat 02 April 2010 jam 8.30 malam

Jemputan ke Majlis pelancaran Tabung PDK Baiduri Perak oleh DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun di Dewan Bankuet, Pejabat Menteri Besar Perak.

Kelab Keledang diperuntukkan dua meja. Mewakili Kelab Keledang ialah Sdr Dr Zakaria, Presiden Kelab dan keluarga, Sdr Razali Khalid, Naib Presiden Kelab dan Isteri, Sdr Megat Shahrani dan Isteri, Sdr BP Dato’ Azumu dan Isteri, Sdr Dato Seri Yunus Wahid dan Sdr Dato’ Hamdan Ahamd dan Isteri.

Rabu 07 April 2010 jam 1.00 tengahari

Mesyuarat mingguan Kelab Bakti Gunung Keledang akan diadakan di Ipoh Club, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Ipoh. Semua ahli dipelawa hadir.

Rabu 07 April 2010 jam 5.00 petang

Program agihan makanan percuma kepada fakir miskin di Bandar Ipoh diteruskan di pekarangan Masjid Panglima Kinta( Masjid Tengah), Ipoh.


Semua fakir miskin, tak kira bangsa atau agama, layak menerima makanan percuma. Makanan percuma kali ini adalah tajaan Sdr Dato' Hamdan Hj Ahmad dan Sdr Hj Azhar. Sejumlah 200 bungkusan makanan nasi berlauk ayam dan minuman habis diagihkan oleh para ahli, para isteri dan sukarelawan. Barisan fakir miskin yang datang mengambil bungkusan makanan saban minggu semakin panjang .

Rabu 07 April 2010 jam 8.30 malam

Mesyuarat Biro Pelajaran Kelab Keledang bil 04/2010 akan diadakan bertempat di kediaman Sdr Dato' Lat, Taman Golf, Ipoh. Semua ahli Biro dan isteri -isteri di jemput hadir. Ahli-ahli kelab yang kelapangan juga di jemput hadir.

Khamis 08 April 2010 jam 3.00 petang

Mesyuarat Jawatankuasa Persiapan Program 1000 pelajar Perak bersama Angkaswan Negara bil 02/2010 bertempat di Bilik Mesyuarat, Bahagian Khidmat Pengurusan, Aras 3, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Ahli-ahli yang telah diberi tanggungjawab, sila hadir.

Sabtu 10 April 2010 jam 10.00 pagi

Program 1000 pelajar negeri Perak dengan Angkasawan Negara, Dato Sheikh Muzaffar bertempat di Dewan Bankuet, Pejabat Menteri Besar Perak Darul Ridzuan. Program anjuran Biro Hal Ehwal Kelab dan Biro Pelajaran Kelab Keledang bersama Kerajaan Negeri Perak.

Ahli-ahli Kelab Keledang yang berminat hadir, sila sahkan kehadiran dan jumlah ahli keluarga yang ingin hadir dengan Sdr BPT Ir Khairul Anwar bin Dato’ Masud tel: 012 5887546 sebelum hari Rabu 07 April 2010 jam 5.00 petang.

CATATAN

PROJEK KEMASYARAKATAN TAJAAN KELAB/YAYASAN KELEDANG DALAM PELAKSANAAN

1. Pembinaan semula sebuah bangunan madrasah di Masjid Kampung Paloh, Ipoh menggantikan bangunan lama yang usang.

2. Pembinaan semula sebuah bangunan untuk bilik setor dan bilik bacaan, Rumah Anak-anak Yatim dan orang miskin Nurul Iman, Manjoi, Ipoh untuk menggantikan bangunan lama yang hangus terbakar.

Keterangan lanjut akan menyusul.

Maklumat terperinci mengenai aktiviti-aktiviti kelab boleh diperolehi daripada Sdr Megat Shahrani, Setiausaha Kehormat KBGK tel: 019 5555876

Terima kasih.

sedutan oleh:
muzillmansor daripada www.limautambun.blogspot.com

4. PROGRAM MURNI MASYARAKAT KELAB KELEDANG BERSAMA REGIMEN 3 SEMPADAN MALAYSIA-THAILAND

Pengorbanan anggota-anggota tentera dan keluarga mereka menjaga keselamatan negara amat di sanjung tinggi oleh ahli-ahli dan keluarga Kelab Bakti Gunung Keledang. Apatah lagi mereka yang berada di sempadan seperti di Pengkalan Hulu, Perak sempadan Malaysia -Thailand.



Kami amat terharu dan terhutang budi kepada semua anggota Angkatan Tentera Malaysia dan seluruh keluarga mereka.

Maka dengan itu apabila ada berita tentang pesara tentera memerlukan bantuan, hati kami cepat tersentuh.


Diberitakan seorang pesara tentera, En Roslan dan keluarganya di Kampong Air Panas, Pengkalan Hulu, Perak, Malaysia perlukan bantuan. Isterinya yang kurang upaya selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya memerlukan sebuah kamar mandi dan tandas khas untuk OKU.


Rumah mereka dalam kebun (getah baru setahun ditanam) adalah satu-satunya rumah di puncak bukit jauh dari perkampongan dan kemudahan asas dalam satu kawasan yang baru diteroka. Bekalan letrik diperolihi dari genset dan bekalan air bersih dari perigi di kaki bukit hampir 200 meter kebawah.

Setelah disiasat kesahihan keperluan, Kelab bersetuju menghulurkan bantuan semua bahan-bahan yang perlu sementara pihak regimen menyediakan tenaga kerja dan kepakaran membina.



Projek ini terus diangkat sebagai projek kemasyarakatan perintis kerjasama antara Kelab Bakti Gunung Keledang dan Regimen 3, Angkatan Tentera Malaysia.


Gandingan bersama Kelab dan Regimen 3 Sempadan Malaysia - Thailand yang berpangkalan di Pengkalan Hulu, Perak, menyaksikan serombongan 30 orang ahli-ahli Kelab , para isteri dan anak-anak Keledang berkampong ber'Hari Keluarga' di Resort Air Panas, Pengkalan Hulu selama 2 hari satu malam dari hari Isnin 15 Mac 2010 hingga 16 Mac 2010 untuk menjayakan program murni tersebut.



Syukur kepada Allah subhanahu wa ta'ala, segala yang dirancang berjalan lancar.

Perjalanan ke rumah En Roslan pada petang Isnin dengan jeep ATM merupakan satu pengalaman baru buat anak-anak Keledang. Pengalaman amat bermakna yang mampu menanam kesedaran betapa tinggi nilai pengorbanan anggota-anggota tentera Malaysia untuk menjaga keamanan negara.




Disamping bahan-bahan binaan, pihak Kelab turut memberi sumbangan wang tunai dan makanan kepda keluarga En Roslan.

Sepanjang lawatan mesra kami ke Kem Regimen 3 Sempadan Malaysia –Thailand, rombongan Kelab disambut dan dilayan mesra oleh anggota-anggota dan para keluarga mereka bagaikan satu keluarga yang akrab. Makan minum sepanjang dua hari disiap dengan sempurna, program lawatan siang dan malam disusun rapi dan teratur melambangkan tingginya disiplin ketenteraan.

Pada hari Selasa sambil rombongan kelab diberi penerangan tentang tugas-tugas ketenteraan di sempadan, program derma darah dengan kerjasama Hospital Sungai Petani turut diadakan.



Rombongan Kelab Bakti Gunung Keledang terutama anak-anak Keledang pulang dengan penuh kesedaran bahawa sedikit budi yang keluarga Keladang cuba taburkan pada masyarakat hanyalah sekelumit jika dibandingkan dengan pengorbanan besar anggota-anggota tentera Malaysia dan keluarga mereka yang bersabung nyawa.



COMMUNITY SERVICE WITH THE MALAYSIAN ARMED FORCES

As Malaysians we are tremendously proud of our Armed Forces whose main task is to ensure the security and uphold the sovereignty of our proud nation. The sacrifices of our army personnel especially those patrolling the borders whether in active service or have retired are enormous.

Hence we at Keledang Club were looking for the right opportunity to initiate a joint project with the Army. When news that an ex-serviceman's family in Pengkalan Hulu, Perak near the Malaysia-Thailand border needing help to install proper sanitary facilities for a handicapped wife, we jumped at the opportunity to assist.

On Monday morning, a group of 30 club and family members headed north from Ipoh to The 3rd Regiment Camp, Pengkalan Hulu, Perak for the joint community project to install that sanitary facilities at En Roslan, the ex-serviceman's home. The club would provide the financing and all building materials and the army would provide the expertise and labour to complete the project.


From Monday, the 15th March till Tuesday, 16th March 2010,we were treated like family members by the staff and families of the 3rd Regiment jointly organising various programs.


To Lieutenant Colonel Hj Ruslan bin Hj Musa, Commander Regiment 3, ATM we salute you Sir for your kind generosity. We applaud you for your gallantry and kind heart to have concerned for all your serving soldiers and community yet never lose sight on the needs for those who have retired from service.


Without your networking KELAB KELEDANG WOULD NEVER HAVE NOTICED a cry of help from an ex-serviceman.

As in the words of Dr Zakaria, our beloved Club President, we pray that there will be many more joint community projects especially for ex-servicemen in the near future.



A BIG THANK YOU TO YOU LIEUTENANT COLONEL HJ RUSLAN, YOUR FAMILY AND ALL YOUR SOLDIERS AGAIN, SIR.


extracted by:

muzillmansor from www.limautambun.blogspot.com

3. PERCUMA...MAKANAN DAN PERIKSA KESIHATAN

Kelab Bakti Gunung Keledang telah melancarkan satu aktiviti baru iaitu mengagihkan bungkusan makanan percuma serta mengadakan pemeriksaan kesihatan percuma pada petang hari Rabu 03 Februari lalu. Aktiviti dilaksanakan di luar pekarangan Masjid Panglima Kinta ( Masjid Tengah) Ipoh, Perak .



Aktiviti ini akan dilaksanakan secara berterusan hari Rabu jam 5.00- 6.00 petang setiap minggu sepanjang tahun 2010. Kumpulan sasaran adalah mereka yang tiada tempat tinggal, golongan melarat, pengemis dan golongan fakir miskin di sekitar Bandaraya Ipoh.

Pemeriksaan kesihatan juga diberikan kepada pemandu-pemandu teksi.


Turut serta adalah Keledang Ladies yang mengagihkan bungkusan makanan.

Pemeriksaan kesihatan dijalankan oleh Sdr Dr Zakaria, Presiden Kelab, dan Sdr Dr Murshid, Ketua Biro Pelajaran .


Sdr Dato Azmi, ketua Biro Kebajikan yang kelihatan amat gembira dengan sambutan yang sungguh menggalakkan bercadang meningkatkan peruntukan di minggu-minggu akan datang.

Semoga program murni ini dapat terus dipertingkatkan sepanjang tahun ini dan tahun-tahun berikut.

FREE... MEALS AND BASIC MEDICAL SCREENINGS

Last Wednesday, Keledang Club launched its maiden project of giving free meals to street and homeless people, the poor and beggars in the Ipoh City.

Free medical screenings were also extended to City taxi drivers. 

The area near the taxi stand next to the Panglima Kinta Mosque, Ipoh, Perak was chosen to be the permanent site for free meals distribution and free medical screenings on Wednesday afternoon from 5.00 pm to 6.00 pm every week.

Keledang Ladies were seen at the site providing their helping hands in the meals distribution.

Bro. Dr Zakaria, the Club President and Bro. Dr Murshid, the Education Bureau Head were on hand to conduct the basic medical screenings.

The overwhelming response from the targeted group drew a pledge to increase allocations in subsequent weeks from Bro Dato Azmi, the Club's Welfare Bureau Head.

This program will be a permanent Wednesday afternoon feature at the specified venue throughout the year of 2010.

To those who happen to read this report, kindly spread this great news across the Ipoh City.

extracted by:

muzillmansor from www.limautambun.blogspot.com

2. MERINTIS JALAN MENCARI KEREDHAAN... (EXTENDING THE SOCIAL RESPONSIBILITIES...)

Seawal 9.00 pagi semalam, rombongan Kelab Bakti Gunung Keledang diketuai Presiden kelab, Dr Zakaria berkumpul di gerai berdepan Balai Bomba Simpang Pulai, Ipoh. Kali ini rombongan lebih meriah kerana disertai Keledang Ladies dan Keledang Kids.

Jam 10.00 pagi rombongan berangkatdengan empat buah kereta menuju ke beberapa kampong Orang Asli seperti Kampong Lalang, Kampong Sungai Sador, Kampong Pos Raya dan Kampong Pos Slim di sepanjang Jalan Simpang Pulai ke Cameron Highlands.

Misi: Untuk meninjau dan berbincang dengan ketua-ketua kampong mengenai cadangan dan pelaksanaan program bantuan Kelab untuk masyarakat Orang Asli bagi tahun 2010. Program yang bakal dijalankan bersama beberapa NGO lain. 

Tuan Haji Sabri, Pegawai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, yang telah mengatur lawatan mengiringi rombongan. Kampung Lalang adalah destinasi pertama. Ada 30 keluarga, majoriti Islam tinggal disitu.

Tok Batin Bah Gilir, ketua Kampong Lalang ditemui untuk berbincang. Kampong ini sungguh cantik dengan rumah-rumah baru dibina kerajaan dan disempadani sungai berbatu airnya jernih mengalir deras. Kemudahan surau, air bersih, letrik dan jalan berturap disediakan kerajaan di kampong tersebut.

Permohonan bantuan untuk mengadakan sebuah tadika, kelas jahitan, dan kemudahan sebuah dewan yang disuarakan oleh Tok Batin Bah Gilir diambil perhatian oleh Dr Zakaria, Presiden Kelab Keledang. “Mengenai usul menambah kekerapan kelas bimbingan agama Islam, kalau sesuai seorang ustaz pun kelab boleh sediakan.” kata Presiden.

Dari Kampong Lalang, rombongan bergerak Ke Kampong Sungai Sador. Ketua kampong, Sdr Ayob telah sedia menunggu. Kampong Sungai Sador lagi bertuah. Jalan masuk ke kampong baru siap diturap. Seramai dua puluh lapan keluarga pula baru mendapat rumah sesebuah dua bilik (20' x 28') dalam fasa pertama bantuan perumahan oleh kerajaan. Kampong Lalang bagaikan sebuah taman perumahan dalam taman hijau.

Sementara Presiden dan Jawatankuasa kelab berbincang dengan Tok Ketua, Keledang Ladies mengagih-agihkan sedikit buah tangan yang dibawa.

“Memang kampong ini sudah menikmati banyak kemudahan. Tapi dari segi pelajaran anak-anak masih kurang maju.” kata Tok Ketua Ayob.

Sekolah Kebangsaan Sungai Raya dengan murid seramai 280 orang adalah satu-satunya sekolah kebangsaan yang disediakan kerajaan untuk kampong-kampong Orang Asli berdekatan. 

“Dulu saya sekolah hanya darjah tiga tapi boleh menulis, membaca dan mengira. Tapi sekarang sekolah sampai darjah enam tapi tulis nama sendiri pun belum boleh” keluh Tok Ketua Ayob.

Beliau mencadangkan supaya kelab jadikan SK Pos Raya sebagai sekolah angkat kelab dan bantu adakan guru-guru tambahan untuk kelas tuition.

“Pelajaran tu penting untuk mengubah sikap Orang Asli dan untuk mereka bersaing” kata Tok Ketua Ayob dengan penuh kesedaran semasa sembang-sembang di pinggir Sungai Raya di belakang kampong sementara menunggu ubi kayu digoreng untuk jamuan iringan teh tarik.

Terima kasih kepada Tuan Haji Sabri kerana bersusah payah menemukan kepimpinan kelab dengan masyarakat Orang Asli untuk mendapat maklumat secara langsung buat menyusun program kelab.

Tentunya kini Presiden dan Jawatankuasa mampu merangka lebih banyak aktiviti khusus terutama di bidang pelajaran untuk anak-anak Asli. Mungkin banyak sekolah dapat dijadikan sekolah angkat dan mungkin banyak aktiviti ekonomi dapat disusun.

Apa pun nyata Sdr Presiden tampak puas dan lebih bersemangat...

Satu lawatan pagi yang amat berkesan...merintis jalan untuk mencari keredhaan.


EXTENDING THE SOCIAL RESPONSIBILITIES...

As early as 9.00 am yesterday morning the group including the ladies and the kids from Keledang Club, a Malay NGO (similar to Rotary Club) assembled at the stall in front of Fire Brigade Station, Simpang Pulai, Ipoh, Perak.

The mission today is to visit several Orang Asli (the indigenous people) settlements like Kampong Lalang, Kampong Sungai Sador, Kampong Pos Raya and Kampong Pos Slim along the Simpang Pulai - Cameron Highlands Highway to discuss with the various headmen on the club’s proposed community services for this year.

Led by Tuan Haji Sabri, an officer from the Orang Asli Affairs Department, the first stop is Kampong Lalang, a settlement just 20 minutes drive from our starting point. The Federal Government has provided the settlement with most of the basic amenities including new concrete two-room houses, metalled roads, water and electricity supplies. The serene settlement of 30 families is located in a nice area bounded by a crystal clean flowing river.

We had a good fruitful discussion with Bah Gilir,the wise village headman, who made some interesting proposals like conducting ladies sewing classes, additional religious classes, kindergarten and hall facilities. Those proposals will be deliberated by the club's main committee for immediate implementation.

From Kampong Lalang, we proceeded to Kampong Sungai Sador where Ayob, the village headman was already waiting. A young man of vision, Ayob emphasised more on the need for the children of his community to good education.

The village is blessed with the recent upgrading of infrastructure by the government. There are new concrete houses, new tarred roads and fresh water supplies. Oh yes, electricity is also available to enable them to get local and world news including news of their favourite football team, Manchester United and Wayne Rooney.

Ayob, the headman suggested the club adopt Pos Raya Primary School where he is the current chairman of the Parent-Teachers Association, and provide tuition classes to improve the students academic excellence. 

All in all, the visit was very fruitful. Direct discussions channel is the way forward if ever programs for the Orang Asli communities were to be successfully embarked.

Extracted by:

muzillmansor from www.limautambun.blogspot.com

1. KELAB BAKTI GUNUNG KELEDANG- PRESIDEN BARU, ILTIZAM BARU

Mesyuarat pertama Kelab Keledang sessi tahun 2010 jam 1.00 tengahari tadi di Ipoh Club berjalan lancar dan selamat. Sdr Dr Zakaria selaku Presiden nampak bersemangat sekali memulakan tugas mempengerusikan mesyuarat hari ini.

Tugas pertamanya tadi adalah memberi kebenaran kepada Sdr Razali Khalid mengumumkan barisan kabinet Kelab tahun 2010 terdiri dari:

Sdr Dr Zakaria Abdul Kadir- Presiden

Sdr Razali Khalid – Naib Presiden

Sdr Megat Shahrani - Setiausaha Kehormat 

Sdr Muzill Dato' Mansor - Bendahari Kehormat 

Sdr Dato’ Ishak Hj Mohamad-Ketua Biro Ehwal Kelab

Sdr Dato’ Azmi Othman -Ketua Biro Kebajikan

Sdr Dr Hj Murshid Che Chik-Ketua Biro Pelajaran

Sdr Hj Mustapha Mohamad -Ketua Biro Ekonomi

Sdr Ir Khairul Anwar Dato' Masud-Bekas Presiden Terakhir

AJK dilantik

Sdr BP Dato'Mansor Ahmad

Sdr BP Hj Ghazali Osman

Sdr BP Hj Sazalli Salleh

Sdr Presiden mengalu-alukan cadangan-cadangan program/aktiviti tahun 2010.

Mesyuarat hari ini juga membicarakan beberapa isu panas masakini yang membabitkan masyarakat Melayu dan Islam di Malaysia dan pendirian Kelab sebagai sebuah badan NGO.

Ahli-ahli yang hadir seramai 24 orang termasuk tetamu diberi peluang untuk memberi pendapat dan pandangan tentang isu-isu tersebut serta tentang halatuju kelab untuk tahun 2010.

Semoga Sdr Dr Zakaria dan barisan kabinetnya dapat menjana dana berganda dan memandu Kelab menjayakan lebih banyak program/aktiviti untuk masyarakat.


sedutan oleh:

muzillmansor daripada www.limautambun.blogspot.com

posting 1 dibuat pada 07/04/2010 sempena pelancaran blog ini pada tarikh tersebut.