Wednesday, November 17, 2010

81. SELAMAT HARI RAYA 'AIDIL'ADHA

Presiden , AJK dan Keluarga Keledang mengucapkan Selamat Hari Raya 'Aidil 'Adha kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia. 

Acara korban hari ini akan berlangsung di Kampung Orang Asli Kampung Lalang, Simpang Pulai pada jam 11.00 pagi di pekarangan surau Kampung Lalang dipimpin oleh Ustaz Fauzi.

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir.

80. DARIPADA KAMI DI KELEDANG ...UNTUK KALIAN PEWARIS BANGSA

Segalanya bermula daripada amatan tajam seorang pakar perubatan yang juga Presiden kelab. 

Pengamatan yang dikongsi oleh ramai ahli dan keluarga Keledang semasa sessi berbuka puasa di beberapa rumah anak-anak yatim sepanjang bulan Ramadhan lalu. Anak-anak didik yang menghuni rumah anak-anak yatim rata-rata dilihat tidak berkeyakinan, menyendiri dan takut-takut.

Atas rasa tanggungjawab kelab untuk memberi motivasi membina semangat kental dan yakin diri, Sdr Presiden telah mensarankan supaya Ketua Biro Kebajikan, sdr Dato' Azmi merangka satu module motivasi yang sesuai untuk pelajar-pelajar tersebut sambil mengenalpasti kumpulan sasaran, lokasi latihan dan bajet yang sepadan.

Kerangka hasilan Sdr Dato' Azmi yang dibentangkan mendapat ulasan dan reaksi positif daripada ahli-ahli kelab.

Kerangka program yang dipersetujui secara dasar di serahkan kepada Biro pelajaran unutuk perincian.

Sdr Dr Hj Murshid, Ketua Biro Pelajaran bertindak cepat menghubungi 10 buah Rumah anak-anak Yatim seluruh negeri Perak dengan sasaran 100 pelajar. Lawatan-lawatan ke beberapa Rumah anak-anak yatim menyusul untuk mendapat maklumbalas pengelola rumah anak yatim supaya program diperkemaskan lagi.

Kem Dato’ Sagor (KDS), sebuah kem latihan  di Kampung Gajah dipilih sebagai tempat latihan untuk melaksanakan program Kem Motivasi ini kerana kemudahan asrama, riadah, dewan kuliah dan dewan makan yang lengkap.

Kumpulan sasaran adalah pelajar-pelajar dari kumpulan umur 14 hingga 16 tahun yang akan dipilih untuk menghadiri program kem motivasi bertujuan membina keyakinan diri, kental, berwawasan dan  pendedahan tentang kerjaya masa depan.

Pemudahcara daripada Kem Dato' Sagor, universiti tempatan, para pemimpin korporat dan ahli-ahli kelab dikenakpasti untuk mengendalikan program. 

Jam 2.30 petang selepas solat Juma'at 12 November 2010, 83 pelajar daripada rumah anak-anak yatim seluruh negeri Perak hadir mendaftar untuk program motivasi di Kem Dato' Sagor. Malang kerana beberapa rumah anak yatim tidak bersama atas sebab-sebab tertentu.

Sessi suaikenal selepas pendaftaran mendapat respons yang menggalakkan .

Selepas minuman petang mereka dibenarkan ke dormitori masing-masing untuk rehat, makan malam dan persediaan kuliah dan ceramah malam.

Ustaz Amir daripada Sek Men Lambor Kiri yang mengimamkan solat Maghrib petang ini menggunakan ruang waktu antara solat Maghrib dan Isyak untuk menyampaikan tazkirah

Upacara perasmian pleh Sdr Dr Hj Zakaria, Presiden kelab menyusul solat Isyak berjemaah. Upacara rengkas tapi padat lagi bermakna untuk sebuah program khusus yang julung kali diusahakan sepanjang 33 tahun sejarah Kelab Bakti Gunung Keledang.

Sebuah ceramah rengkas oleh Encik nur Azlan Zainuddin, penceramah daripada Universiti Perguruan Sultan Idris mengekori perasmian.

Jam 11.00 malam, para pelajar dilepaskan untuk kembali ke dormitori masing-masing sementara menanti jadual padat esok hari susunan padat para fasilitator KDS.

Hari kedua, Sabtu bermula seawal jam 5.30 pagi untuk solat Subuh dan tazkirah rengkas disusuli dengan sarapan pagi.

Pulang ke dormitori untuk menukar kepada pakaian riadah. Dikala udara pagi masih segar dan bersih, memang elok jika badan dipanaskan dengan riadah dan senaman ringan untuk mencelikkan mata dan minda ketika di dewan kuliah.

Ceramah pagi di mulakan dengan sessi 'luahan hati'  bersama Puan Hajjah Ainul, seorang usahawati berjaya yang juga isteri kepada Sdr Hj Sazali, seorang atkitek dan Presiden kelab tahun 2002.

Syujur kerana para pelajar dapat berinteraksi dengan fasilitator dengan senang, rela hati dan dwihala. 

Sdr Tan Sri Ahmad Azizuddin, seorang tokoh korporat yang pernah menerajui PERODUA dan veteran kemerdekaan mengambil alih sessi petang mulai jam 2.00 petang. walau pun jadual harian padat, beliau sanggup melapangkan masa untuk anak bangsa.

Tan Sri menggunakan ruang untuk membawa para pelajar kedalam terowong masa menerokai sejarah silam Tanah Melayu mencapai merdeka.

Tan Sri mengingatkan pengorbanan orang-orang terdahulu yang banyak berjasa sehingga kita hari ini  mempunyai banyak kemudahan. Hayatilah semanagt merdeka dan terus gigih berusaha untuk mencapai kejayaan dalam hidup. 

Tentu ada sesuatu yang menggembirakan Tan Sri dan Puan Sri sehingga mereka bermurah hati untuk memberi duit raya kepada setiap pelajar.

 Sdr Cikgu Hj Zabidi, ahli kelab yang mahir dengan sistem pelajaran Malaysia, menyusuli Tan Sri dengan kertaskerjanya mengenai ' Membina tangga-tangga kearah pencapaian akademik cemerlang'.

malam hari Sabtu bermual dengan solat Maghrib berjemaah disusuli dengan tazkirah oleh Ustaz Azhar alhafiz pada ruang waktu antara solat maghrib dengan Isyak.

Ceramah kerjaya meliputi bidang perubatan, perundangan, senibina, kejuruteraan dan perakaunan menyusul selepas solat isyak. 

Sdr Dr Hj Zakaria, Presiden kelab dan pakar neurologi terkenal memulakan sessi bualbicara bidang perubatan.

Untuk menjadi seorang doktor yang berjaya, seseorang perlu rajin, tekun, tabah, cekal dan kuat semangat. Contoh yang jelas ialah dirinya, kata Dr Zakaria.

Dari seorang anak kampung yang terpaksa mengharungi payah jerih dan keperitan hidup, beliau kini sudah bergelar pakar atas kegigihan usaha sendiri dan berkat doa ibu bapa tercinta.

Datin Fairuz Hassan ‘Adli, seorang peguam korporat mengambilalih bual bicara kerjaya dengan imbasan mengenai kerjaya peguam. Membahasakan dirinya sebagai ibu, beliau menerangkan ruang-ruang pekerjaan dalam bidang perundangan.  

Sdr Hj Sazali, presiden kelab tahun 2002 juga seorang akitek terkemuka di Ipoh menyusul kemudiannya. Bersungguh-sungguh beliau cuba meyakinkan para pelajar potensi tinggi kerjaya akitek. Alhamdulillah ada yang menunjuk minat.

Tiba giliran Sdr Ir Khairul Anwar, Presiden kelab tahun lalu berbicara, jam sudah menunjukkan pukul 10.50 malam. Bukan senang nak menerangkan bidang kejuruteraan yang begitu luas pada waktu sebegini.

Harap-harap para pelajar cuba mencari sendiri hasil-hasil kejuruteraan yang mempengaruhi kehidupan harian mereka.

Pembualbicara kerjaya terakhir, Sdr Dato’ Hj Mansor Ahmad, Presiden kelab tahun 2000 dan seorang chartered akauntan dengan 33 tahun pengalaman ditugaskan memberi overview mengenai profession akauntan.

Jam dinding sudah menunjukkan pukul 11.10 malam. Waktu yang sudah agak larut untuk berbicara tentang hal-hal berat.

Melihatkan keadaan sedemikian beliau memilih untuk menerangkan profession akauntan melalui pengkisahan seekor itik Peking atau Cherry Valley. 

Jam 11.30 sessi malam di tamatkan dengan doa dan harapan semoga apa yang telah dibentangkan oleh para pembual bicara tentang lima kerjaya dapat difahami walau pun sedikit.

Ahad 14 November 2010 adalah hari ketiga dan terakhir.

Sessi pagi telah diperuntukkan kepada Sdr Dato' LAT, kartunis ikon Malaysia yang juga seorang ahli kelab. Beliau tiba awal dari Ipoh bersemangat untuk memulakan sessi bersama para pelajar.

Sejarah awal penglibatan beliau dengan dunia pengkartunan yang kini menjadi kerjayanya menjadi mukadimah.

Beliau menerangkan bidang pengkartunan juga boleh menjadi kerjaya yang lumayan dan stabil jika gigih, tajam pengamatan dan berobjektif ikhlas serta jujur.


Tiga hari yang panjang tapi bermakna untuk semua. Majlis penutup dilaksanakan oleh Sdr Presiden. Penyampaian sijil kehadiran dan hadiah-hadiah khas untuk para peserta disempurnakan oleh Sdr Dato' Azmi, Sdr Dr hj Murshid dan Puan Hajjah Hanita, isteri Dr hj Zakaria, Presiden kelab.

Sebagai rumusan, banyak yang dapat dipelajari bersama antara para fasilitator dan pelajar; antara masa lalu, kini dan masa depan; antara bangsa dan negara dan sesama kita yang bernama manusia.

Sesungguhnya semangat Keledang amat terserlah bersemarak dalam program sebegini. dan bertuahlah mereka yang telah bermurah hati menaja para pelajar untuk hadir.

 SYABAS KELEDANG, SYABAS KEM DATO’ SAGOR…SYABAS ANAK-ANAK BANGSAKU.

Wednesday, November 10, 2010

79.MESYUARAT DAN SAMBUTAN ULANGTAHUN KELAHIRAN SDR BP DATO' SYED AZMAN ALHAJ

Mesyuarat mingguan tengahari tadi di bilik Eagles' Nest, Royal Perak Golf Club berlangsung dalam suasana yang amat bermakna. Kebetulan hari ini adalah hari ulangtahun kelahiran Sdr BP Dato' Syed Azman alhaj.

Semua warga keledang mengucapkan SELAMAT HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN DATO'. Semoga di pertingkatkan rezeki, diperkukuhkan amalan baik, dihindarkan bencana dan dianugerahkan kebahgiaan yang berkekalan. 

Sdr Dr hj Zakaria Abdul Kadir, Presiden kelab telah membaca doa selamat.

Kepada Sdr Dato' Syed Azman yang menaja makanan tengahari tadi, terima kasih tidak terhingga. 

Sdr BP Dato' Mansor Ahmad yang di beri mandat mendapatkan maklumat terkini situasi banjir di Kedah telah memberi taklimat mengenai banjir di Kedah.

Beliau telah mengedarkan gambar-gambar keadaan banjir dan keratan akhbar mengenai aktiviti Kelab Rekreasi Langkawi, sebuah NGO di Kedah yang telah melancarkan tabung bantuan mangsa banjir dan aktif membantu mangsa-mangsa banjir.

Kutipan kilat telah dijalankan selepas taklimat dan sebanyak RM 15,000 telah berjaya di kutip untuk disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir melalui Kelab REkreasi Langkawi.

Semoga sedikit bantuan daripada kami di Kelab Bakti Gunung Keledang dapat meringankan beban mansa-mangsa banjir...


Monday, November 8, 2010

78. EVENING TALK BY TAN SRI RAMLI NGAH TALIB

Tan Sri Ramli Ngah Talib, the immediate past Speaker of Malaysian Parliament (also the former Chief Minister of Perak state) has consented to give an evening talk to club members and guest on 24 November 2010, 8.30 p.m at the Sri Malaysia Hotel, Ipoh

He is due to launch his autobiography in Perak at the event. A total of 20% of the proceeds from the book sale will be donated back to the club.

The club is also arranging surprise packages specially for seven orphanages in Perak.

All members are requested to attend in honour of our distinguished guest who has contributed immensely in the development of Perak.

Please bring as many friends as possible  promote the book for a good cause.


77. KEM MOTIVASI UNTUK ANAK-ANAK YATIM - KEMASKINI

Enam buah rumah anak-anak yatim seperti berikut telah mengemukakan senarai nama 80 orang peserta berumur antara 14 hingga 16 tahun untuk Kem Motivasi anjuran Kelab di Kem Dato' Sagor, Kampung Gajah, Perak.

RAY Budi Mulia Nurul Huda, tanah hitam, Chemor - 14 orang

RAY Al-amin, Parit, Perak - 10 orang

RAY Darul Aitam, Temoh - 12 orang

RAY Darussalam, Simpang Pulai - 13 orang

RAY BAKIP - 23 orang

RAY Darul Hikmah - 8 orang

Kem motivasi tersebut akan bermula pada hari Juma'at 12 November 2010 hingga 14 November 2010 atas tajaan ahli-ahli kelab.

Rumah-rumah anak yatim yang belum menjawab pelawaan kelab, sila beri jawapan sebelum hari Rabu 10 November 2010.

Ahli-ahli yang ingin menaja peserta kem motivasi, sila juga sahkan tajaan pada mesyuarat mingguan pada hari Rabu 10 November 2010 kerana hanya 26 peserta yang belum ditaja. Tajaan seorang peserta@RM120.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Ketua Biro Pelajaran kelab: Sdr Dr Hj Abdul Murshid tel: 012-5202498

76. CERAMAH KORBAN di SURAU TAMAN GOLF

Assalamu 'alaikum,

Satu ceramah mengenai 'Ibadah korban' insyaallah akan diadakan pada hari Selasa 9 hb November 2010 selepas solat maghrib di Surau Taman Golf, Ipoh.

Penceramah: Ustaz Hj Azhar Abdul Latiff alhafidz.

Penaja: Dr hj Zakaria Abdul Kadir, Presiden Kelab Bakti Gunung Keledang

Semua ahli kelab dan keluarga dijemput hadir menunaikan solat Maghrib berjema'ah, mendengar ceramah dan seterusnya menunaikan solat 'Isyak berjema'ah.

Wednesday, November 3, 2010

75.OF GRANDPA AND FREE FOOD FOR THE POOR

The 'Free Food for the Poor' program this evening at the Paloh Mosque, Ipoh is kind of special to me. I took my Grandpa to the mosque for the 'Asar prayers and after the prayers I invited grandpa to do the honour of distributing the packs of cooked rice with chicken to the long line of needy men, women and kids waiting.

I brought Grandpa to Ipoh late last night from Alor Star after receiving a call from him in the morning that his house was on the verge of flooding from the swollen river at the back of his house.

Had he been left at his near-flooded house, he would have been picked up and placed in a relief centre receiving free food as a flood victim.

But in Ipoh he is now dishing out free food for the needy.

What a twist...good deeds work in mysterious way!

Grandpa & Dad in Paloh Mosque