Friday, August 27, 2010

49. GILIRAN BERBUKA PUASA KELUARGA KELEDANG DI RUMAH SETIAUSAHA KEHORMAT

Petang ini ahli-ahli keluarga Keledang akan berkumpul beramai-ramai di kediaman Sdr Haji Megat Ahmad Shahrani, Setiausaha Kehormat kelab untuk majlis iftar dan solat berjema'ah. 

Kali pertama majlis sebegini diadakan di kediaman Sdr haji Megat adalah pada tahun lalu.

Semoga Allah Ta'ala menganugerahkan Tok Megat, auntie Anne dan keluarga nikmat yang bertambah, kesihatan yang baik, kesejahteraan, hidup aman damai...aminnn.

Thursday, August 26, 2010

48. BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK-ANAK YATIM DARUSSALAM

Petang ini insyaallah, AJK kelab, ahli-ahli kelab di ketuai oleh Sdr Dr Hj Zakaria, Presiden kelab bersama ahli-ahli keluarga akan berbuka puasa dan bersolat jema'ah bersama anak-anak yatim di Darussalam, Simpang Pulai, Ipoh.

Program yang telah diatur ole Sdr Dato' Hj Ishak Mohamad, Ketua Biro Ehwal kelab diharapkan dapat membuka lembaran baru jaringan antara Kelab Bakti Gunung Keledang dengan Rumah anak-anak yatim Darussalam dibawah kelolaan Ustaz Musa. 

Mungkin ada ruang yang kelab dapat menghulurkan bantuan dari segi peruntukan peralatan dan pendidikan.

Ahli-ahli kelab yang ingin turut serta bolehlah mendapatkan butiran program daripada Sdr Dato' Azmi, Ketua Biro Kebajikan kelab.


Wednesday, August 25, 2010

47. PROGRAM HARI INI - AGIHAN BUBUR LAMBUK DAN MOREI DI MASJID PALOH SERTA MAJLIS DOA SELAMAT IPOH

1.Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa acara agihan bubur lambuk percuma setiap petang Rabu akan diteruskan pada hari ini  jam 5.15 petang ini di Masjid Paloh, Ipoh.


Disamping itu, morei juga akan disediakan oleh pihak kelab untuk muslimin dan muslimat berbuka puasa petang ini.

Ahli Jawatankuasa kelab juga akan turut serta menjayakan acara-acara yang telah diatur.

Wargakota Ipoh adalah dengan hormatnya dijemput ke acara-acara yang telah diatur di masjid tersebut.

2. Satu majlis bacaan yaasin dan doa selamat anjuran the Keledang Ladies dijadualkan berlangsung pada jam 4.00 petang ini di kediaman Sdr Megat Haji Ahmad Shahrani, Setiausaha Kehormat kelab. Majlis adalah untuk mendoakan kejayaan anak-anak keledang yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM tahun ini.

Sunday, August 22, 2010

46. GAMBAR-GAMBAR DI SEKITAR MAJLIS BERBUKA PUASA DI RUMAH NAIB PRESIDEN KELAB

Majlis berbuka puasa di rumah sdr Dato' Mohamad Razali Khalid dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Yg Berbahagia Ustaz Haji Azhar alhafiz, yang juga mengimamkan solat Maghrib, solat Isya' dan solat Tarawih. 

Seperti biasa ,ramai ahli-ahli kelab dan ahli keluarga dapat hadir. Majlis dimeriahkan lagi apabila beberapa orang ahli seperti dato' Lat, BP Dato' Azumu, Dato' Hamdan Ahmad dan Dato' Ismail Mokhtar dari kumpulan ' the Andersonians' turut serta selepas majlis awal mereka di SMK Anderson tamat.

Selepas solat Tarawih sambil berjamu kueh dan bubur,mesyuarat rengkas AJK kelab telah diadakan di pengerusikan oleh Sdr Dr Zakaria, Presiden kelab.

Beberapa keputusan telah dicapai seperti berikut:

1. Menjadikan Rumah anak-anak yatim Baitul Aini sebagai 'anak angkat' untuk disalurkan bantuan infrastruktur dsbnya tertakluk kepada persetujuan pengurusan rumah tersebut. 

2. Meluluskan permohonan beberapa pelajar untuk bantuan kewangan melanjut pelajaran di Universiti Mut'ah, Jordan.

3. Meluluskan bantuan kewangan kepada beberapa rumah anak-anak yatim di sekitar Ipoh termasuk pembelian baju-baju raya.

4. Menyegerakan tindakan 'filing annual returns' kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan Perak.

5. Menyegerakan pengiklanan jawatan Eksekutif Sekretariat yang kosong melalui Job Street.

6. Mengusulkan supaya Pengarah-pengarah baru Kelcon Sdn Bhd yang mewakili Yayasan Keledang segera meminta Setiausaha Syarikat mengadakan mesyuarat Lembaga Pengarah untuk menentukan halatuju syarikat.

Mesyuarat tamat hampir tengah malam.

Kelab merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada sdr Dato' Mohamad Razali Khalid dan Datin Rabisah.

Kepada Dato' dan Datin serta ahli keluarga, semoga Allah Ta'ala terus melimpahkan rezeki yang bertambah, nikmat kesihatan yang baik, hidup sejahtera, rukun, aman dan damai.  

Friday, August 20, 2010

45. MAJLIS BERBUKA DI RUMAH AHLI - BIL.02

Sukacita diingatkan bahawa majlis berbuka puasa, solat Maghrib, solat Isya' dan solat Tarawih berjema'ah untuk ahli-ahli kelab dan keluarga, sahabat handai dan sanak saudara di rumah ahli bil. 02 akan berlangsung pada malam ini, Juma'at 20 Ogos 2010/ 10 Ramadhan 1431 di rumah Sdr Dato' Razali Khalid, Naib Presiden kelab di Jalan Watson, Ipoh.

Majlis sebegini adalah penting untuk tingkatkan ukhuwah dan silaturrahim sesama kita. Disamping itu, ruang masa yang ada boleh juga digunakan untuk membincang aktiviti kemasyarakatan yang kelab boleh anjurkan.

Semua ahli kelab dan keluarga adalah dijemput dan diharap dapat lapangkan masa hadir beramai-ramai menjayakan majlis pada petang ini.

44.BERBUKA PUASA DI RUMAH AHLI KELAB - BIL 01

Memang menjadi amalan Kelab Bakti Gunung Keledang saban tahun apabila tiba bulan Ramadhan, ahli-ahli kelab akan silih menawarkan rumah masing-masing untuk majlis berbuka puasa.

Tahun ini juga tidak terkecuali. Sdr Abu Bakar dan Puan hajjah Fatimah mendahului ahli-ahli lain mengadakan majlis jamuan berbuka puasa, solat Maghrib, solat Isya' dan solat Tarawih berjema'ah di kediaman mereka di Jalan Manjoi, Ipoh pada hari Rabu 18 Ogos 2010/08 Ramadhan 1431.

Sebenarnya Uncle Bakar dan Auntie Fatimah sentiasa mendahului senarai ahli-ahli mengadakan rumah terbuka di bulan Ramadhan setiap tahun. Saya mula hadir majlis sebegini sejak masih di bangku sekolah.

Walau pun hujan, majlis yang diadakan pada malam tersebut meriah dengan kehadiran ramai ahli kelab dan keluarga serta sanak saudara, sahabat-sahabat dan kaum kerabat.

Kepada Uncle Bakar dan Auntie Fatimah, 

Terima kasih daun keladi; tahun depan jemputlah lagi...

Semoga Allah Ta'ala terus menganugerahkan kesihatan yang baik, melimpahkan segala kenikmatan, kesejahteraan dan kedamaian.


catatan dan gambar: muzill.mansor

Wednesday, August 18, 2010

43. MODERATION IN FOOD AND DRINK

Islam promotes healthy living including moderation in the intake of halal food and halal drink, avoiding greed and consuming only what are needed to maintain strength, energy and healthy bodies.

This is accordance with the guidance of Allah SWT in the Al-Qur'an

"...Eat and Drink: but waste not by excess, for Allah loves not the wasters." [ al-A'raf 7:31 ]

Rasullulah s.a.w further explained the concept of moderation in the consumption of food and drink:

" There is no worse vessel for the son of Adam to fill than his own stomach, but if he must fill it, then let him allow one third for food, one third for drink and one third for air." as shahih al- Tarmidhi.

Ref: The Ideal Muslim by Dr. Muhammad Ali al-Hashimi , pg 33 & 34