Monday, May 31, 2010

25. TALK BY THE PERAK STATE SECRETARY

The honourable State Secretary of Perak, Dato Seri Dr Abdul Rahman has accepted the club's invitation to be the main speaker at the club's Malam Mesra for this month, tonight. 

All members are requested to give full support to this function organized by the club's members bureau headed by Dato' Ishak Hj Mohamad.

Please bring your family members and friends. The honourable Dato' Seri SS would be in a position to enlighten us on the current situation of Perak state development. 

To all members, do make time and be present tonight at Hotel Sri Malaysia, Jalan Sturrock, Ipoh at 8.30 pm. Be there!

Dinners for 100 early birds  are sponsored by the club's doyen, Tan Sri Ahmad Azizuddin. 


Sunday, May 30, 2010

24. KUNJUNG ZIARAH KE KAMPUNG LALANG, KINTA, PERAK

Agak lama tak jumpa sahabat handai di perkampungan Orang Asli Kampung Lalang, Kinta, Perak.

Sdr Presiden Kelab, Dr Zakaria  menyarankan Rabu lalu supaya ahli-ahli dan keluarga meluangkan sedikit masa pagi Ahad ini untuk berkunjung dan menziarah sahabat handai di Kampung Lalang. Kita berjumpa dengan mereka tanya kabar, makan-makan, tukar pandangan dan bantu mana yang mampu.

Saranan Presiden nyata dapat sambutan hangat. Warung kopi depan Balai Bomba Simpang Pulai sekali lagi jadi tempat berkumpul. 

Kami sampai di warung kopi jam 9.35 pagi. Sdr Dato' Razali Khalid, Naib Presiden kelab dan keluarga serta Dr Murshid dan keluarga sudah sedia menjamu selesa. Pagi-pagi begini, nasi lemak, mi goreng dan teh tarik panas memang enak. 

Satu demi satu mobil mula menyusul. Sdr Dato Azmi dan keluarga, Sdr Haji Hamzah, Auntie Maria bersama anak menantu campur cucu sekali, Sdr Hj Megat Shahrani, isteri dan anak-anak, Sdr Rizal dan anak-anak dan Sdr Presiden yang datang solo cuma ditemani bungkusan sarat pakaian terpakai dan makanan untuk agihan di kampung nanti.

Jam 10.00 kurang lebih rombongan bertolak ke kampung lalang. ikut jalanraya Simpang Pulai ke Cameron Highland tak sampai 20 minit dah sampai. 

Ustaz Muzammil, Ustaz Asrul dan Tok Ayob, ketua kampung Pos raya mewakili Tok Batin Bah Hilir ( ke Kuala Lumpur atas urusan penting) sedia menunggu.

Bungkusan-bungkusan makanan yang dibawa di agihkan dari rumah ke rumah. Sementara Sdr Presiden berbincang dengan masyarakat setempat urusan keperluan kampung di surau, para isteri sibuk menyediakan makanan tengahari.

Anak-anak cucu pula senang bermain air di sungai berdekatan. Memang cantik dan nyaman kawasan ini.

Saudara-saudara daripada kumpulan Tabligh dan Ma'ahad Tahfiz kebetulan ada program di surau kampung ini. Barangkali kedamaian kampung dan keindahan sungai yang mengalir bersih dan laju memberi kenenangan bermunajat.

Perbincangan banyak berkisar tentang program pemantapan ilmu untuk anak-sekolah, tentang keselesaan anak-anak kampung belajar tuition, tentang keperluan orang kampung berinteraksi dengan masyarakat luar. Tok Ayob banyak membantu menghuraikan masaalah masyarakatnya.

Guru-guru SK Pos Raya, mengikut Cikgu Idris, Penolong Kanan sekolah, yang turut serta dalam rombongan, banyak mengadakan program celik ICT untuk anak-anak sekolah dan ibu bapa tapi kekadang sambutan ibu bapa masih dingin mungkin kerana resam Orang Asli memang pemalu. 

Pagi ini nampaknya memang orang kampung bersedia menyambut rombongan kelab. Bahu-bahu di sepanjang jalan masuk di tebas potong. Kawasan rumah yang sememangnya bersih di bersihkan lagi mungkin meraikan kami sebagai tetamu.

Jam 2.00 petang selepas selesai solat Zohor berjemaah, majlis kenduri kesyukuran dilaksanakan.

Nasi minyak, kari daging dan jelatah timun tomato menjadi hidangan semua. Puas berjamu dalam suasana senyum ria tanda ikatan persahabatan, rombongan kami berlepas pulang selamat dengan seribu kenangan dalam hujan renyai tanda rahmat.

Insyallah, kami datang lagi membawa beberapa penyelesaian agar masaalah yang dibangkitkan terlerai jua.


catatan: muzill.mansor


Wednesday, May 26, 2010

23. BERITA MINGGUAN

Hari ini mesyuarat  mingguan agak meriah dari biasa dengan kehadiran seramai 18 orang ahli dan 8 orang tetamu. Turut hadir ialah Luca, seorang pelajar program student Exchange daripada Germany. Welcome Luca.

Dr Zakaria, Presiden kelab membuka tirai mesyuarat dengan beberapa pengumuman penting mengenai acara akhir bulan Mei.

1.  

2    Acara yang telah diatur adalah seperti berikut:

26 1. 26 Mei 2010 Rabu jam 5.00 petang bertempat di Masjid Paloh, Ipoh

Agihan Makanan Percuma kepada fakir miskin dan musafir. Makanan kalii ini ditaja oleh Sdra BP Hj Sazali Salleh.

Pengerusi Biro Kebajikan, sdra Dato’ Azmi Othman memaklumkan bahawa Institut Darul Ridzuan dan Institut Bina Upaya Perak masing-masing bersetuju untuk menaja makanan percuma satu minggu setiap bulan. Dengan tajaan baru ini sudah ada tiga penaja menaja tiga minggu dalam satu bulan bulan. 

 

2.   2. 30 Mei 2010 Ahad jam 10.00 pagi-

Program lawatan ke Kampong Lalang, sebuah perkampongan Orang Asli di pinggir Lebuhraya Simpang ke Cameron Highland. Program lawatan ialah untuk beramah mesra dengan masyarakat setempat , petugas JAKIM, pegawai JOA, guru-guru SK Pos Raya sambil mendapat feedback mengenai program pemantapan ilmu agama Islam dan kelas tutorial anjuran dan tajaan Yayasan Bakti Gunung Keledang.

Ahli-ahli dan keluarga dijemput beramai-ramai ikut serta dalam rombongan kunjung silaturrahim ke-3 ke kampong tersebut. Tok Batin dan rakan-rakan di kampong tersebut dah tertanya-tanya kenapa lama tak datang.

Majlis doa selamat, kenduri muhibbah dan solat Zuhur berjemaah akan juga dilaksanakan di surau Kampong Lalang bersama masyarakat setempat.

Program adalah anjuran Biro Pelajaran dan Biro Kebajikan Kelab.

3.  31 Mei 2010 Isnin jam 8.30 malam bertempat di Hotel Seri Malaysia, Jalan Sturrock, Ipoh- Acara taklimat dan sessi bualbicara dengan Dato’ Seri Dr Abdul Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Ahli-ahli digalakkan membawa keluarga dan sahabat handai untuk memeriahkan majlis.

Program adalah kelolaan Sdra Dato’ Ishak Mohamad, Ketua Biro Ehwal Kelab.

4.  Majlis penyerahan resmi bangunan baru surau dan bilik stor, Badan Jagaan Anak Yatim Nurul Iman, Manjoi, Perak. Sdr Hj Mustapha diberi mandat mengatur acara tersebut pada satu pagi Ahad sebaik sahaja TNB melulus dan menyalurkan bekalan eletrik. 

Program adalah anjuran Biro Ekonomi Kelab.

5. Sdr Dato' Razali Khalid, Naib Presiden Kelab telah membangkitkan beberapa gejala Jahiliah seperti buang bayi yang berleluasa kini. Kelab diminta mencari jalan membantu kerajaan mencari penyelesaian.

Beberapa orang ahli dan tetamu turut memberi pendapat. Kelab bersependapat supaya sebuah Jawatankuasa kecil diwujudkan untuk meneliti cadangan-cadangan seperti mengadakan ' Shelter Homes for Unwed Mothers' atas inisiatif Yayasan Bakti Gunung Keledang.

Mesyuarat tamat jam 2.15 petang selepas fine session oleh Sdr Dato' Ismail Mokhtar yang menghasilkan RM210 untuk tabung kelab.

Thursday, May 20, 2010

22. NURUL IMAN...RAHMAT DI SEBALIK MUSIBAH

Acapkali kita terima berita musibah, kita bersedih tetapi tidak membaca maksud tersirat di sebalik peristiwa sedemikian.

Tanggal 01 Mac 2010, sebuah bangunan stor dan bilik solat di Pusat Jagaan Anak Yatim Nurul Iman, Jalan Dato’, Manjoi, Ipoh hangus dibaham api. Semua pakaian, buku-buku dan peralatan surau kegunaan 30 kanak-kanak di Pusat tersebut musnah.

Berita kejadian disampaikan pada mesyuarat Kelab Bakti Gunung Keledang oleh Tuan Hj Mustapha Mohamad, Ketua Biro Ekonomi. Presiden, Jawatankuasa dan ahli-ahli kelab yang hadir pada mesyuarat tersebut sependapat dan bermuafakat untuk membantu.

Lawatan terus diatur di sebelah petang selepas mesyuarat untuk meninjau keadaan sebenar. Kami dapati bangunan rosak teruk dan perlu dibina semula. 

Kelab Keledang sepakat untuk membina semula keseluruhan bangunan dan menggantikan semua peralatan dengan pembiayaan penuh diuruskan kelab.

Atas kepakaran sebagai seorang pemaju perumahan dan kontraktor tersohor, Tuan Hj Mustapha diberi tugas untuk menjana dana dan menguruskan pembinaan bangunan sehingga siap sempurna.

Alhamdulillah, dalam lawatan saya bersama Uncle Hj Mustapha hari ini, bangunan gantian mencapai tahap 95% siap, semua peralatan diperolehi. Yang belum lengkap akan dilengkapkan. Semua bayaran kepada kontraktor pun telah dilunaskan.


Komitmen daripada badan korporat di bawah program ‘Corporate Social Responsibility’ mencurah masuk.

Mengikut keterangan En Khairul, Ketua Pentadbir Pusat Nurul Iman, sebuah bank koperasi telah bersetuju untuk menaja semua katil dan tilam baru. Sememangnya bank ini amat perihatin kerana menggantikan tilam-tilam baru setiap tahun.

Satu acara penyerahan bangunan, kenduri doa selamat dan gotong royong menyusun kemas kawasan sedang di atur hujung bulan ini, insyaallah.

Tidak siapa menjangka musibah yang berlaku ke atas Nurul Iman sebenarnya membawa rahmat Ilahi. Ramai rakan dan taulan, lama dan baru, jauh dan dekat menghulurkan bantuan. 

Hasilnya sebuah bangunan baru yang lebih sempurna terbina lengkap dengan serba peralatan. Nurul Iman hari ini lebih dikenali masyarakat dalam peranan dan perjalanannya mengasuh dan mendidik anak-anak yatim menjadi insan terbilang dan berakhlak tinggi.

Difahamkan juga Nurul Iman dalam proses menaik taraf status penubuhan untuk menjadi sebuah persatuan berdaftar dengan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Malaysia atas nama PERSATUAN KASIH NURUL IMAN.

Kepada yang masih sudi memberi sumbangan untuk membiaya kos makanan harian, toiletries, wang saku ke sekolah, yuran sekolah, elaun para petugas, kos letrik dan air serta selenggara dua buah van sila hantarkan sumbangan terus kepada pusat berkenaan.

Semoga segala usaha pengurusan Nurul Iman, anak-anak Nurul Iman dan para dermawan diberkati Allah SWT.


muzillmansor

Wednesday, May 19, 2010

21.FREE MEALS FROM INSTITUT DARUL RIDZUAN

For the second successive Wednesday the distribution of free food to the street people, the homeless and travellers, under the Keledang Club's Soup Kitchen programme was done at the Paloh Mosque at Jalan Bendahara, Ipoh, Perak.

The queue started as early as 4.30 p.m but distribution was done at 5.00 p.m after the 'Asr prayers.



The Darul Ridzuan Institute, the Perak Government think tank came in as the sponsor this week. Headed by Encik Aminuddin, its Chief Executive, a total of 250 packs of tomato rice and spiced chicken plus bottled drinks were distributed to the needy. This is the first time ever a government body joined in the programme. 

Keledang Club would like to record its appreciation to IDR and the state government for its generosity to provide free food.


Free basic medical check-ups were provided too.

Hopefully more organisations would come forward, join us and participate in this noble programme.

20. BICARA PRESIDEN Bil 15/2010

Assalamualaikum wbt.

kita bincang masalah lama...Gula hai gula

Gula hai gula jangan sampai jadi gila. Gula tu manis, gula-gula pun manis tapi yang tak manis ialah kalau kita digula-gulakan sampai sanggup menderhaka kepada sultan dan memecah belahkan bangsa. Apa yang tersurat dan apa yang tersirat akhirnya akan diketahui juga. Pada masa itu kita jadi macam pak pandir, menang sorak tapi kampung dah tergadai.

Diabetes merupakan masalah yang besar...Ramai penduduk dunia menghadapi penyakit diabetes; 10% penduduk Malaysia menghadapi penyakit ini. Masalahnya ia merupakan penyakit yang mempunyai sedikit symptom tetapi komplikasinya banyak.

Langkah kerajaan untuk menaikkan harga gula adalah langkah yang sangat baik. Kerajaan dapat mengurangkan subsidi yang berjumlah 1 billion ringgit. Ia juga diharapkan dapat mengurangkan penggunaan gula bagi setiap orang. Ini dapat mengurang pesakit diabetes. Itulah yang tersurat. Diharapkan sebahagian dari wang itu dapat digunakan untuk merawat pesakit diabetes. Janganlah harga dinaikkan kerana kekurang gula yang telah disorokkkan dan akhirnya RK menambah satu billion dalam akaunnya.

Harga gula naik sepuluh sen tapi harga teh tarikh naik dua puluh sen. Sahlah mamak menggunakan dua kilo gula untuk secawan teh tarik. Kecekapan mamak teh tarik bukan sahaja pada tarikan tehnya tetapi juga pada kenaikan harganya yang akan hanya berlaku bila isu kenaikan itu telah reda. Diharapkan apabila meminta teh tarik kurang gula, dapat dikekalkan pada harga lama.

Kurangkan manis dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman...kurang gula, kurang obesity, kurang diabetes, kurang IHD...kurang stroke.

Walaubagaimanapun hospital tak pernah kurang patient.

'Bersatu, Berbakti Demi Negara'

- Dr. Hj. Zakaria Abd. Kadir -

Tuesday, May 11, 2010

19. ACARA SAMBUTAN ULANGTAHUN KE 33 KELAB BAKTI GUNUNG KELEDANG

Beberapa acara telah disusun untuk menyambut ulangtahun ke 33 penubuhan Kelab Bakti Gunung Keledang. 

12 Mei 2010 Rabu jam 5.00 petang

Acara mingguan agihan makanan percuma kepada fakir miskin dan musafir bertempat di Masjid Paloh, Jalan Bendahara, Ipoh.

13 Mei 2010 Khamis jam 7.00 petang

Acara akan bermula dengan solat maghrib diikuti dengan bacaan Yaasin, tahlil dan doa selamat seterusnya solat Isya' berjemaah. Jamuan makan malam akan disediakan selepas selesai solat Isya'.

14 Mei 2010 Jumaat jam 10.00 pagi 

Program Memasak 'Nostalgia Bonda' bersama Ybhg Datin Kamariah akan berlangsung di rumah Puan Hjh Ann Mariah/Sdr Hj Mazlan di alamat no.37, Jalan Keledang Raya 15, Taman Malcop, Silibin, Ipoh. 


Jamuan makan tengahari akan disediakan untuk semua ahli dan keluarga Keledang selepas solat Jumaat di venue berkenaan.

SILA AMBIL PERHATIAN TENTANG PERTUKARAN VENUE PROGRAM MEMASAK.

Harap semua ahli dan keluarga Keledang dapat meluangkan masa untuk menjayakan aktiviti-aktiviti yang dirancang.

Keterangan lanjut boleh diperolehi daripada Sdra Hj Megat Shahrani, Setiusaha Kehormat kelab atau Ybhg Sdra Dato Ishak Hj Mohamad (Pak Sako), Ketua Biro Ehwal kelab.

Friday, May 7, 2010

18. 'NOSTALGIA BONDA' ANJURAN KELEDANG LADIES

Ybhg Datin Kamariah Jamaluddin, penulis buku masakan "NOSTALGIA BONDA" adalah jemputan khas untuk program masakan anjuran Keledang Ladies. Program khusus untuk the Ladies ini akan diadakan di kediaman sdr Naib Presiden di Jalan Watson, Ipoh pada hari Jumaat 14 Mei 2010 jam 10.00 pagi.

Pada majlis tersebut, Ybhg Datin Kay akan membuat demonstrasi masakan, seterusnya akan mengemudi team menyediakan jamuan tengahari selepas solat Jumaat untuk ahli-ahli dan keluarga kelab. 

Buku kompilasi resepi masakan "NOSTALGIA BONDA" yang telah mula dijual kepada ahli-ahli dengan harga RM49.90 pada hari Rabu lalu masih boleh dibeli daripada penyelaras program, Puan Suzana.

Sukacita dimaklumkan bahawa Ybhg Datin telah bermurah hati memperuntukkan sebahagian dari perolihan jualan buku untuk charity.

Sila buat tempahan segera. Dapat buku, dapat ilmu dan dapat buat amal bakti.

17. DIARI KELEDANG BAGI TEMPOH 01 MEI 2010 HINGGA 09 MEI 2010

01 Mei 2010- Kelab mengucapkan SELAMAT HARI PEKERJA kepada semua warga kerja di Seluruh tanah air yang telah memberi perkhidmatan cemerlang kepada negara. Syabas.

05 Mei 2010- Hari ulangtahun kelahiran sdr Hj Jaafar Chik, sdr Hj Mazelan Mansor dan Puan Fauziah (isteri Sdr Razali Merican). Didoakan semoga sihat sejahtera, panjang umur, murah rezeki dan sentiasa dalam keberkatan Allah Ta'ala.

05 Mei 2010 jam 1.00 p.m- Mesyuarat mingguan kelab di Ipoh Club

05 Mei 2010 jam 5.00 p.m- Program agihan makanan percuma kepada fakir miskin dan musafir di tempat baru, Madrasah Assyarifah, Masjid Paloh, jalan Bendahara, Ipoh.

06 Mei 2010- Hari ulangtahun perkahwinan Sdr Dato' Harun Saruji dengan Datin Nor Azian. Didoakan semoga sihat wal'afiat, aman bahagia, murah rezeki dan sentiasa di dalam keberkatan dan perlindungan Allah SWT.

Pantun khas kiriman Sdr Megat Shahrani, Setiausaha kelab:

                     Jika berburu di Bagan Datuk

                     Dapat rusa tidak bertanduk

                     Jika berguru dengan Datuk

                     Semakin matang semakin tawaduk

07 Mei 2010- Hari ulangtahun perkahwinan Sdr Dato' Ismail Mokhtar dengan Datin Noor Azian yang ke-29. Didoakan sihat sejahtera, aman damai, murah rezeki dan sentiasa dalam keberkatan Allah SWT.

Serangkap pantun khas kiriman Sdr Megat Shahrani, Setiausaha Kehormat kelab:

                    Saling berkunjung budaya bangsa

                    Jujur mesra kukuh berpadu

                    Rasa nak dua atawa tiga

                    Syukur kasih sayang tetap pada yang satu

07 Mei 2010- Hari ulangtahun perkahwinan Sdr hj Meor Ismail Meor Akim Dengan Ustazah hjhNawal Shifa. Didoakan semoga sentiasa aman bahagia, rukun damai, murah rezeki dan didalam keberkatan Allah SWT.

Pantun khas buat pasangan daripada Sdr Megat Shahrani, Setiausaha kelab:

                    Pohon peria di hujung desa

                    Melilit batang sulurnya panjang

                    Hidup ceria sepanjang masa

                    Hati riang mesra berkembang

07 Mei 2010- Hari ulangtahun kelahiran Sdr bekas presiden, Dato' Azumu Hj Tak. Didoakan sihat sejahtera, murah rezeki dan sentiasa dalam peliharaan Allah SWT.

09 Mei 2010 jam 9.00 pagi- Acara bulanan ceramah agama untuk warga Keledang oleh penceramah tetap, Ustaz Azhar Abdul Latiff Alhafiz  di rumah Sdr Naib Presiden.